Syarifah Hamimah, Shamsuddin and Zainnal Abidin, Akasah and Ismail, Abd. Rahman and Maizam , Alias
(2010)
PEMBANGUNAN DAN PENGANALISISAN APLIKASI PERMOHONAN PENYELENGGARAAN BUMBUNG DAN TANDAS SEKOLAH ( CoRTMaS ).
Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 20 (01).
pp. 82-96.
(Submitted)
Abstract
Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan bagi memastikan fungsi bangunan dapat dilaksanakan sebagaimana fungsinya secara normal. Penyelenggaraan bangunan sekolah adalah aktiviti rutin
yang harus dijalankan memandangkan sekolah adalah lokasi pertama dalam pengembangan minda kanak-kanak. Namun begitu, kajian literatur menunjukkan terdapat beberapa masalah dalam pengurusan penyelenggaraan yang lazimnya diselia oleh ahli jawatankuasa penyelenggaraan. Antaranya ialah kegagalan mereka mematuhi Pekeliling Am Bil.2 Tahun 1995 dalam proses permohonan penyelenggaraan. Disebabkan permasalahan tersebut,jurnal ini diwujudkan bagi membantu mereka dalam menyelesaikan sebahagian masalah yang dihadapi dengan cara membangunkan satu aplikasi permohonan penyelenggaraan sekolah berkomputer. Sistem ini dilengkapi dengan visual serta nama item mengikut istilah kejuruteraan berdasarkan bahagian yang dipilih. Di samping itu, sistem ini dilengkapkan dengan pengiraan kos iaitu harga bahan adalah mengikut standard yang dikeluarkan oleh Construction Industry Development Board (CIDB) yang mengalami perubahan harga setiap 2 tahun. Melalui kajian yang dijalankan terhadap CoRTMaS, jelas menunjukkan bahawa terdapat respon yang sangat positif daripada responden yang terdiri sama ada daripada guru besar/pengetua, guru penolong kanan atau ahli jawatan kuasa penyelenggaraan.
Actions (login required)
 |
View Item |