IAB Institutional Repository

MODEL AKRAM: MODEL ETIKA KERJA GURU MALAYSIA

Alis Puteh, (2016) MODEL AKRAM: MODEL ETIKA KERJA GURU MALAYSIA. In: Seminar UMSIDA. (Unpublished)

[img] PDF
Download (315kB)

Abstract

Dasawarsa ini, Malaysia berusaha sedaya upaya untuk mengorak langkah bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Kejayaan ini tidak mampu dicapai sekiranya pembangunan modal insan kelas pertama terabai. Tidak dapat dinafikan modal insan adalah harta yang boleh disuntik serta dibangunkan nilai intelek dan diperbanyakkan modal budayanya. Mewujudkan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti serta dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. “… as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.” (PIPP, 2007). Berdasarkan pernyataan di atas jelas memaparkan bahawa guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam dalam melaksanakan daya usaha serta mewujudkan pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seperti yang dihasrat oleh PIPP itu. Tiga aspek utama telah ditekankan dalam pelaksanaan iaitu nilai profesionalisme keguruan; pengetahuan dan kefahaman; kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi melahirkan masyarakat bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal, dan progresif, guru sendiri haruslah memainkan peranan sebagai “role model” kepada pelajar. Hakikatnya kini, kepatuhan seorang guru terhadap etika kerja KPM, Kod etika guru dan Standard Guru Malaysia perlu dititikberatkan kerana kita tidak mahu pendidikan seolah-olah hanya untuk melahirkan insan yang berpelajaran tetapi tidak beretika (Alis,2016). Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (1971), telah mencadangkan agar diwujudkan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya. Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita - berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan (EPP) harus dikaji semula (Najib, 1977). Selain dari Etika Kerja KPM dan KEG, KPM juga menerbitkan Standard Guru Malaysia (SGM) pada 16 Mei 2009 dimana ia menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. SGM menghendaki guru membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard dan mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. SGM berfungsi untuk melahirkan para guru yang profesional dengan berkesan dan secara tidak langsungnya dapat melahirkan para pelajar yang berkualiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 28 May 2020 04:50
Last Modified: 28 May 2020 04:50
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1031

Actions (login required)

View Item View Item