IAB Institutional Repository

KAJIAN TAHAP KOMPETENSI PENGETUA/GURU BESAR TERHADAP PENGURUSAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Mahizer Hamzah, and Yusup Hashim, and Ismail Abdul Raoh, (2008) KAJIAN TAHAP KOMPETENSI PENGETUA/GURU BESAR TERHADAP PENGURUSAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH. In: 2nd International Malaysian Educational Technology Convention 2008,, 2008, Kuantan, Pahang, Malaysia.

[img] PDF
Download (116kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau tahap kompetensi pentadbir sekolah yang terdiri daripada pengetua dan guru besar terhadap pengurusan teknologi instruksional khususnya ICT. Responden kajian ini terdiri daripada 55 buah sekolah cemerlang menengah dan rendah dari seluruh negara. Kajian ini menggunakan teknik tinjauan untuk mendapatkan data kuantitatif. Soalselidik yang digunakan telah diubahsuai dari Standard Teknologi Untuk Pentadbir Sekolah (Technology Standard for School Administration). Enam komponen penting yang terlibat di dalam standard ini ialah i) Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional, ii) Pembelajaran dan Pengajaran, iii) Produktiviti dan Amalan Profesional, iv) Sokongan, Pengurusan dan Operasi, v) Pentaksiran dan Penilaian dan vi) Isu Sosial, Perundangan dan Etika. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan teknologi adalah pada tahap sederhana tinggi. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah perlu memberi komitmen sepenuhnya terhadap penggunaan teknologi instruksional agar dapat meningkatkan produktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 25 Aug 2020 03:10
Last Modified: 25 Aug 2020 03:10
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1035

Actions (login required)

View Item View Item