IAB Institutional Repository

AMALAN DAN ELEMEN KEPIMPINAN STRATEGIK DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DI MALAYSIA YANG MENYUMBANG KEPADA KELESTARIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH

Ahmad Masrizal , Muhammad and Jainabee L.S. , Md. Kassim (2012) AMALAN DAN ELEMEN KEPIMPINAN STRATEGIK DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DI MALAYSIA YANG MENYUMBANG KEPADA KELESTARIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 24 (02). pp. 17-30. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (184kB) | Preview

Abstract

Kepimpinan pendidikan dalam kalangan pengetua sekarang ini menjadi semakin kompleks akibat daripada perubahan yang berlaku secara global dan glokal. Keadaaan ini memerlukan kemahiran pengetua mengemudi sekolah masing-masing dengan amalan yang bersifat ebih kontemporari seperti kepimpinan strategik. Justeru itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meninjau keupayaan pengetua di semua Sekolah Berasrama Penuh(SBP)seluruh negara memimpin dan mengurus sekolah mereka secara strategik. Kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen kajian dan analisis dokumen telah digunakan dalam usaha mencari jawapan terhadap persoalan-persoalan kajian yang diutarakan. Seramai 541 responden yang terdiri daripada kelompok penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia telah terlibat. Secara umumnya, didapati bahawa pengetua SBP telah berjaya menonjolkan diri mereka sebagai pemimpin yang strategik pada kedudukan yang baik. Lebih khusus, pengetua SBP juga telah menyerlah dengan baik dalam dimensi pengurusan organisasi dan ditaraf sebagai pemimpin sekolah yang mempunyai karektor diri yang tinggi. Dapatan kajian juga selanjutnya mendapati, terdapat lima elemen dalam amalan kepimpinan strategik telah menjadi penyumbang terhadap kelestarian kecemerlangan akademik sekolah. Oleh itu, amalan kepimpinan strategik sebagaimana diamalkan oleh pengetua SBP merupakan satu alternatif yang boleh diaplikasikan oleh pengetua sekolah yang lain dalam usaha mereka meningkatkan kualiti kepimpinan dan prestasi sekolah masing-masing. Adalah diharapkan amalan kepimpinan strategik ini dapat menjadi alternatif dan menghasilkan keyakinan kepada pengetua sekolah untuk mengamalkan pendekatan kepimpinan strategik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan, Kepimpinan Strategik,Pemimpin Sekolah, Pengetua, Guru Besar, Sekolah Berasrama Penuh,
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 11 Mar 2013 03:27
Last Modified: 11 Mar 2013 03:27
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/105

Actions (login required)

View Item View Item