ESA, AHMAD and MOHD. YUNUS, PROF. MADYA DR. JAILANI and KAPRAWI, PROF. MADYA DR. NORAINI (2005) PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MENERUSI KOKURIKULUM DI POLITEKNIK. Jurnal PENYELIDIKAN PENDIDIKAN.
![]() |
PDF
Download (529kB) |
Abstract
Tujuan kajian dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penerapan kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 291 orang pensyarah kokurikulum politeknik dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan para responden memberi maklum balas positif terhadap penerapan kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik. Didapati juga, secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan responden berlainan jantina dan jenis kokurikulum terhadap penerapan kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan responden berlainan jenis kokurikulum terhadap penerapan beberapa kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum. Kemahiran tersebut ialah menyampaikan maklumat dengan tepat, mentafsir lambang dan simbol dengan betul. Kajian ini menunjukkan bahawa kokurikulum dapat membantu membina kemahiran komunikasi di kalangan pelajar politeknik-politeknik di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 14 May 2020 01:06 |
Last Modified: | 14 May 2020 01:06 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1061 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |