IAB Institutional Repository

AMALAN PENGURUSAN SEKOLAH BERKESAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH AGAMA INTERGRASI NEGERI SELANGOR

Jamalullail , Abdul Wahab and Nor’Azlin , Salamun @ Mohamed and Ameer Hazim , Mustapa and Fairous , Ismail and Md Fuad , Md Rafik (2012) AMALAN PENGURUSAN SEKOLAH BERKESAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH AGAMA INTERGRASI NEGERI SELANGOR. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 24 (02). pp. 31-43. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (156kB) | Preview

Abstract

Kajian yang dilakukan secara tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji tahap amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan dalam kalangan pentadbir di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di Negeri Selangor menurut perspektif guru. Seramai 175 orang guru dipilih sebagai sampel kajian melalui persampelan rawak mudah untuk melihat amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan dalam kalangan pentadbir melalui soal selidik sekolah berkesan. Analisis data secara deskriptif mendapati tahap amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan dalam kalangan pentadbir di SRAI adalah tinggi (nilai min = 3.72 dan sisihan piawai = 0.482) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan dalam kalangan pentadbir berdasarkan lokasi sekolah. Amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan di sekolah masa kini memerlukan pengukuhan dan penambahbaikan berterusan agar keberkesanan sekolah dapat dilestari serta dilonjakkan bagi merealisasikan matlamat pendidikan negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: amalan, pengurusan, sekolah berkesan, pentadbir sekolah, Sekolah Rendah Agama Integrasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 11 Mar 2013 00:50
Last Modified: 11 Mar 2013 00:50
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/107

Actions (login required)

View Item View Item