Aslian , Pios
(2012)
MASALAH KETIDAKHADIRAN MURID ORANG ASLI KE KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEBUAH SEKOLAH ORANG ASLI
DI PETALING JAYA : FAKTOR DAN CADANGAN PENYELESAIAN.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 24 (02).
pp. 79-90.
ISSN 1511-4147
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor ketidakhadiran murid Orang Asli ke kegiatan kokurikulum, minat sebenar mereka dalam kegiatan kokurikulum dan mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pihak guru dan pentadbir sekolah bagi mengatasi gejala
tersebut. Sampel kajian dipilih melalui penelitian dokumen-dokumen sekolah seperti rekod kehadiran dan juga rekod kehadiran kokurikulum mingguan. Lima murid yang terpilih menjadi sampel kajian adalah terdiri murid Tahun 3, 4 dan 5 yang kerap tidak hadir kegiatan kokurikulum tetapi pada hari yang sama hadir ke sesi persekolahan biasa. Data diperoleh melalui kaedah temu bual di mana setiap responden diajukan soalan yang sama dalam bentuk separuh berstruktur. Dapatan kajian menemukan faktor-faktor sikap pelajar, sikap ibu bapa serta budaya Orang Asli,
kegiatan yang tidak digemari dan pengaruh rakan sebaya mempengaruhi gejala ketidakhadiran ke
kegiatan kokurikulum sekolah. Selain itu dapatan kajian juga menemukan faktor yang dapat
menarik minat mereka untuk hadir kegiatan kokurikulum iaitu sukan dan permainan, aktiviti
perkhemahan, pertandingan dan lawatan, guru yang mesra dan berkesan serta aktiviti yang
menyeronokkan dan tidak asing dengan budaya Orang Asli. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa
cadangan telah dikemukakan kepada pihak guru dan pentadbir sekolah untuk diambil tindakan
bagi menangani masalah ketidakhadiran murid Orang Asli sekolah tersebut ke kegiatan
kokurikulum.
Actions (login required)
 |
View Item |