Abdul Karim, Noriadah. Model pembentukan proses kolaborasi dengan industri di Kolej Vokasional. Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia.
![]() |
PDF
Download (10kB) |
Abstract
Kolaborasi antara Kolej vokasional dengan industri merupakan salah satu keperluan untuk menyediakan latihan kemahiran berkaitan industri yang sejajar dengan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran dalam membina hubungan dengan industri kerana pembentukan proses kolaborasi merupakan salah satu penyumbang kepada kejayaan atau kegagalan strategi tersebut. Pada masa kini kolaborasi sedang dilaksanakan, namun ia mempunyai garis panduan yang terhad. Oleh itu, kajian ini menekankan pentingnya membangunkan model kolaborasi dengan industri di Kolej Vokasional. Kajian ini membangun dan menguji model pembentukan proses kolaborasi yang digunakan sebagai panduan pelaksanaan kolaborasi. Empat hipotesis yang dikaji dalam kajian ini iaitu (hipotesis 1: Fasa Tinjauan (FT) mempunyai kesan langsung terhadap Fasa Pemilihan Rakan Industri (FRI), hipotesis 2: FRI mempunyai kesan langsung yang signifikan terhadap Fasa Perundingan (FP), hipotesis 3: FP mempunyai kesan langsung yang signifikan terhadap Fasa Pemeteraian Perjanjian (FPP) dan hipotesis 4: FPP mempunyai kesan langsung yang signifikan terhadap FT. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan penerokaan berturutan yang terdiri daripada kajian kualitatif melalui analisis dokumen dan temu bual dengan dua orang pegawai dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, dan empat orang pensyarah dari Unit Perhubungan dan Latihan Industri di Kolej Vokasional. Dengan menggunakan teknik persampelan rawak berlapis berkadaran, data dikumpulkan melalui kaji selidik kuantitatif yang ditadbir kepada 415 orang pensyarah Kolej Vokasional di seluruh Malaysia yang menguruskan kolaborasi dengan industri. Data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik. di mana empat konstruk telah dikenal pasti, iaitu FT, FRI, FP dan FPP. Dapatan kajian kualitatif telah digunakan untuk membina soal selidik. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan Analisis Pengesahan Faktor dan Model Persamaan Struktur untuk menganalisis pelbagai hubungan antara pemboleh ubah dalam model berasaskan teori. Model yang diuji telah mencapai Indeks kesepadanan yang ditetapkan dan boleh diterima. Kajian mendapati bahawa semua hipotesis telah diterima. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa model kolaborasi antara industri dengan Kolej vokasional adalah proses berterusan (iterative). Ini adalah penemuan baru dalam proses pembinaan model kolaborasi berbanding pengkaji terdahulu yang telah membangunkan bentuk model berturutan. Adalah disyorkan bahawa model ini dapat digunakan sebagai asas bagi amalan kolaborasi oleh Kolej Vokasional dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Item Type: | Other |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kolej Vokasional, kolaborasi dengan industri, pembentukan proses kolaborasi |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 30 Jul 2021 02:54 |
Last Modified: | 30 Jul 2021 02:54 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1171 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |