Ayudin, Ahmad Rafaai Penilaian keberkesanan pengajaran sejarah berasaskan pencapaian matlamat pembelajaran, kesediaan belajar, kefahaman konsep dan pemikiran sejarah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor.
![]() |
PDF
Download (81kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pengajaran Sejarah sebagai satu program berdasarkan model Penilaian CIPP melibatkan tiga dimensi iaitu input, proses dan produk. Tinjauan dibuat dengan mengenal pasti tahap keberkesanan; perbezaan yang wujud berdasarkan pemboleh ubah bebas iaitu jantina, etnik dan pengalaman mengajar; hubungan antara konstruk dan sumbangan konstruk latihan guru terhadap proses. Hubungan juga ditinjau antara konstruk proses terhadap produk pembelajaran. Penilaian terhadap program latihan guru yang merupakan dimensi input melibatkan kandungan kursus, kemudahan kursus, tenaga pengajar dan kemahiran menggunakan medium pengajaran. Penilaian dimensi proses pengajaran melibatkan kejelasan pengajaran dan aktiviti pembelajaran manakala penilaian dimensi produk pembelajaran melibatkan pencapaian matlamat pembelajaran, kesediaan belajar, kefahaman konsep dan pemikiran Sejarah. Kajian ini melibatkan 382 orang guru dan 1000 orang murid yang telah dipilih melalui teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) dengan merujuk kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. Instrumen soal selidik menggunakan skala Likert lima mata digunakan bagi mengumpul data kajian dengan tambahan Ujian Kefahaman Konsep dan Pemikiran Sejarah serta protokol temubual. Secara keseluruhannya, perspektif guru terhadap program latihan guru Sejarah dan proses pengajaran Sejarah adalah sederhana. Kajian ini mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dan pengubahsuaian semua konstruk latihan guru Sejarah agar sesuai dengan keperluan di sekolah melibatkan elemen kepelbagaian murid. Perspektif murid terhadap proses pengajaran Sejarah dan produk pembelajaran juga didapati sederhana. Semua konstruk program latihan guru Sejarah menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi jantina, berdasarkan perspektif guru. Hubungan yang tinggi diperlihatkan antara kemudahan kursus dan tenaga pengajar terhadap kejelasan pengajaran manakala kemudahan kursus dan kemahiran menggunakan medium pengajaran menunjukkan hubungan yang sangat tinggi terhadap aktiviti pembelajaran murid. Hubungan proses pengajaran terhadap produk pembelajaran juga adalah signifikan. Analisis regresi menunjukkan sumbangan yang ketara kemahiran menggunakan medium pengajaran terhadap proses pengajaran Sejarah iaitu 13% manakala sumbangan yang paling tinggi merujuk kepada konstruk kejelasan pengajaran terhadap pencapaian matlamat pembelajaran iaitu 22.3%. Konstruk aktiviti pembelajaran paling menyumbang terhadap proses pemikiran Sejarah iaitu 14%. Dapatan temubual dengan guruguru adalah pengakuan terhadap latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah serta masalah-masalah yang dihadapi berkaitan pengajaran kefahaman konsep dan penerapan pemikiran Sejarah manakala temubual dengan murid-murid pula mendapatkan maklumat ii berkaitan kualiti pengajaran guru-guru Sejarah. Implikasi kajian ini dapat memberi input kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Kajian ini juga mencadangkan model alternatif iaitu Model Lima Tahap Pengajaran Kefahaman Konsep dan Pemikiran Sejarah.
Item Type: | Other |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Penilaian Input, Proses dan Produk, Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, Program Latihan Guru Sejarah, Kesediaan Belajar Sejarah, Pencapaian Matlamat Pembelajaran, Kefahaman Konsep dan Pemikiran Sejarah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 09 Jul 2021 01:44 |
Last Modified: | 09 Jul 2021 01:44 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1185 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |