WAN OTHMAN, WAN ZALIHA NOVEL-NOVEL FAISAL TEHRANI: KAJIAN INTERTEKSTUALITI DAN DAKWAH. AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.
![]() |
PDF
Download (78kB) |
Abstract
Kajian ini menganalisis novel-novel Faisal Tehrani dengan menggunakan teori intertekstualiti dan teori Pengakaedahan Melayu. Novel-novel tersebut terdiri daripada 1515, 1511H [Kombat], Tuhan Manusia, Manikam Kalbu, Sasatul Ibaad, dan Ta’ziyah Karbala. Analisis novel-novel tersebut akan menggunakan tiga prinsip dalam teori intertekstualiti iaitu transformasi, modifikasi, dan ekspansi dan pendekatan dakwah dalam teori Pengkaedahan Melayu. Penggunaan kedua-dua teori dibincangkan bersama dalam meneliti sumber yang dirujuk oleh pengarang untuk menyampaikan dakwah kepada khalayak. Permasalahan kajian yang bertolak daripada Faisal Tehrani sebagai seorang yang merujuk, mengkaji, dan menyelidik sumber-sumber untuk berdakwah dalam menghasilkan novel akan diteliti oleh pengkaji. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hipogram, mengaplikasi teori intertekstualiti dan pengkaedahan Melayu, dan melihat kesesuaian penggunaan kedua-dua teori tersebut. Sumber-sumber hipogram dalam novel-novel Faisal Tehrani perlu dikenal pasti dengan dengan menggunakan teori intertekstualiti. Kajian ini melaksanakan kajian berbentuk kualitatif dengan pendekatan menganalisis teks dan membuat triangulasi terhadap responden yang berkaitan dengan bahan kajian. Pengkaji menggunakan teori intertekstualiti dan pendekatan dakwah untuk mengulas bagaimana sumber yang dipetik dari luar digunakan dalam novel-novel yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan Faisal Tehrani menulis dengan merujuk hipogram untuk berdakwah dengan menggunakan teori intertekstualiti dan pendekatan dakwah. Kesimpulannya, kedua-dua teori ini adalah sesuai dibincangkan terhadap novel-novel Faisal Tehrani untuk berdakwah menegakkan Islam Supremasi (Keunggulan Islam). Cadangan penambahbaikan kajian ini boleh diperluas kepada kajian mendalam terhadap bentuk-bentuk dakwah yang boleh dijalankan untuk menarik lebih ramai membaca karya-karya yang bermutu. Kaedah pemilihan novel yang berkualiti dan memberi makna perlu dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan dan KPM perlu memperhalusi bentuk-bentuk bacaan sastera Melayu yang berkualiti untuk kebaikan pelajar-pelajar di sekolah.
Item Type: | Other |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 03 Jun 2021 05:14 |
Last Modified: | 03 Jun 2021 05:14 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1197 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |