Anuar, Din and Salleh, Abd. Rashid and Amalludin, Sufian
(2012)
FAKTOR PERAMAL KEPUASAN KERJA TERHADAP GAYA KEPIMPINAN
JURULATIH SEKOLAH SUKAN MALAYSIA.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 23 (1).
pp. 9-28.
ISSN 1511-4147
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor kepuasan kerja terhadap gaya kepimpinan jurulatih sekolah sukan Malaysia. Seramai 35 orang jurulatih sukan dari dua buah sekolah sukan di Malaysia telah dipilih dengan menggunakan pensampelan bertujuan dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab hipotesis kajian. Satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu menggunakan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Chelladurai dan Salleh (1980) bagi Leadership Scale for Sport (LSS), dan Weiss et al., (1967) bagi Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ). Analisis statistik diskriptif dan inferensi seperti min, ujian-t, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji lima hipotesis nol pada aras signifikan p<0.05. Program SPSS versi 16 digunakan untuk menganalisis data adalah program SPSS versi 16. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya kepimpinan jurulatih berdasarkan jantina dan kategori sukan. Di samping itu dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja jurulatih berdasarkan jantina. Walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=.621,
p<.05) antara kepuasan kerja jurulatih dengan gaya kepimpinan jurulatih. Sementara itu, aspek
persekitaran kerja (ß=.676, t(35)=5.270, p<.05) merupakan peramal utama kepuasan kerja jurulatih terhadap gaya kepimpinan jurulatih.
Actions (login required)
 |
View Item |