Kamaruzaman , Moidunny and Ruhaya , Hassan and Marzita , Abu Bakar and Abdul Mu’ti , Ahmad and Noraida , Mohd Nor and Yahaya , Mohamed and Husney , Hamzah and Zakiah, Ahmad and Noraizan, Nor and Ismail , Udoh and Cheryl Lyn , Bolongon and Mohd Reimi , Ismail and Muhammad Rizal , Abdullah and Huraizah , Johan Ariffin
(2012)
KAJIAN KEBERKESANAN KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH (KPKEWS)INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Siri Kajian IAB: Mengurus dan Memimpin Dalam Konteks Kepemimpinan Pendidikan.
pp. 3-50.
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai keberkesanan kursus pengurusan kewangan sekolah yang dijalankan di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Pengumpulan data kajian dilaksanakan melalui soal selidik yang mempunyai item-item yang sama dalam sebelum dan selepas bekursus serta soalan open-ended yang
boleh menyokong dapatan kuantitatif. Sampel kajian ini melibatkan seramai 335 responden yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar yang telah menghadiri program dan kursus di IAB. Dapatan kajian menunjukkan peserta dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran kendiri sebelum dan selepas peserta menghadiri kursus
terutama dalam aspek-aspek umum seperti dasar dan prosedur kewangan, aspek nilai dan aspek proses pengurusan kewangan itu sendiri. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati
terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran kendiri tersebut. Hal ini dikukuhkan oleh dapatan soalan open-ended yang menunjukkan kursus ini dapat membantu responden dalam menguruskan kewangan sekolah dengan lebih berkeyakinan, lebih berpengetahuan, lebih berkemahiran, lebih berhemat dan lebih bersistematik. Selain itu, kajian mendapati munculnya kemahiran-kemahiran baru
seperti kemahiran menyelia, kemahiran mengawal, kemahiran membimbing, kemahiran menyemak, kemahiran bekerjasama dan lain-lain lagi. Kajian juga mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengurus sekolah dalam menguruskan kewangan sekolah. Antara masalah utamanya adalah kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
kalangan pembantu tadbir dan pentadbir sendiri, peruntukan yang lambat, bilangan staf sokongan yang kurang di sekolah, kekangan masa, kuiri audit dan penyeliaan yang kurang mantap. Antara cadangan peningkatan kemahiran diperlukan adalah kursus untuk juruaudit dalam, kursus audit berteguran dan kursus penyata akaun sekolah (PATS). Selain itu, kursus-kursus lain seperti kursus mengenai pengurusan buku vot dan kursus pengurusan kewangan asrama.
Actions (login required)
 |
View Item |