IAB Institutional Repository

Pengaruh teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepimpinan teknologi Pengetua Sekolah Menengah di Sabah.

Abdul Laja, Omar (2022) Pengaruh teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepimpinan teknologi Pengetua Sekolah Menengah di Sabah. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (371kB)

Abstract

Teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi adalah indikator yang mengupayakan kepemimpinan teknologi. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Sabah. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan keberangkalian berstrata, kluster dan rawak mudah. Sampel dalam kajian ini ditetapkan sebanyak 446 orang guru. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik. Dapatan kajian berdasarkan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Sabah berdasarkan jantina. Manakala, berdasarkan ujian ANOVA sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Sabah berdasarkan umur. Ujian Regresi Pelbagai pula menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi terhadap kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah di Sabah. Analisis laluan SEM menunjukkan sumbangan teknologi pengajaran, komunikasi teknologi dan pencapaian teknologi adalah sebanyak 40 peratus terhadap kepemimpinan teknologi pengetua. Justeru, kajian ini memberi implikasi terhadap peningkatan kepemimpinan teknologi pengetua sekolah menengah khususnya di Sabah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepemimpinan Teknologi, Teknologi Pengajaran, Komunikasi Teknologi, Pencapaian Teknologi
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 29 Dec 2022 00:16
Last Modified: 29 Dec 2022 00:16
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1304

Actions (login required)

View Item View Item