IAB Institutional Repository

Impak Program Pengupayaan Pegawai Pendidikan baharu terhadap kecekapan dan keberkesanan PPD baharu dalam Pengurusan Organisasi.

Ahmad Dawa, Hajah Rajiah and Abdullah, Jamelaa bibi, Dr. and Zaini, Norhuda and Abdul Rashid, Rashinawati and Marham, Marsilah Anum and Moulod, Shafinaz, Dr. (2022) Impak Program Pengupayaan Pegawai Pendidikan baharu terhadap kecekapan dan keberkesanan PPD baharu dalam Pengurusan Organisasi. UNSPECIFIED.

[img] PDF
Download (783kB)

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di bawah Anjakan ke-6 iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Sehubungan dengan itu Program Transformasi Daerah diwujudkan bagi merealisasikan anjakan ke-6 merupakan program di bawah inisiatif #54 yang diteraju oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Matlamat utama program transformasi daerah adalah untuk i) mengupayakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan dan ii) mentransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian. Terdapat dua fokus utama peranan PPD iaitu sokongan dan akauntabiliti. Dalam fokus sokongan, PPD bertanggungjawab mengupayakan kepimpinan tempatan dan memberi sokongan kepada organisasi yang paling memerlukan. Bagi fokus akauntabiliti pula, PPD bertanggungjawab menambat akses, kualiti dan ekuiti serta memastikan disipin pemantauan penyelesaian masalah, dan pengambilan tindakan.

Item Type: Research Report
Additional Information: Dr. Abdul Razak bin Manaf – Mentor
Uncontrolled Keywords: Program Pengupayaan Pegawai Pendidikan baharu, PPD baharu
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Pn Normah Mohamad Idzhar
Date Deposited: 29 Dec 2022 01:11
Last Modified: 29 Dec 2022 01:11
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1309

Actions (login required)

View Item View Item