Abdul Rahim, Mohd Yunus
(2009)
AMALAN TERBAIK PrOD DI SMK SERI BENTONG.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009.
pp. 170-186.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD) yang dilancarkan pada 2008 adalah berdasarkan Model Pembangunan Organisasi bagi Sekolah di Malaysia yang dicipta oleh Pasukan Perunding Kanan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Palajaran Malaysia. Program yang melibatkan 40 buah sekolah menengah dan seluruh negara menggunakan pendekatan andragogi dengan menggabungkan sesi-sesi bengkel, perbincangan sindiket, lawatan penanda arasan serta konsultasi di sekolah. Kertas kerja ini membentangkan pengalaman aplikasi konsep serta pendekatan Pembangunan Organisasi saranan PrOD dalam bentuk amalan terbaik (best practices) yang dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong (SMKSB). Tumpuan adalah kepada proses menimbulkan rasa kesedaran terhadap tanggungjawab yang datang bersama tugas dalam kalangan warga sekolah; khususnya kepada peringkat pemimpin atasan, pertengahan, baru (emerging leaders) dan pelajar. Dengan keunikan sekolah berstatus Model Khas yang menggabungkan pelajar sekolah rendah (tahun 4 hingga tahun 6) dan pelajar menengah sehingga tingkatan 5; pelaksanaan PrOD mempunyai cabaran serta pengalaman yang tersendiri. Selain itu, dibincangkan juga faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada kejayaan awal pelaksanaannya di SMKSB.
Actions (login required)
 |
View Item |