Aziah , Ismail and Abdul Ghani Kanesan , Abdullah and Abdullah , Saad
(2008)
AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN KAPASITI KEPIMPINAN DI DUA BUAH SEKOLAH KLUSTER DI MALAYSIA.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15 2008.
pp. 30-39.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai key player dalam usaha penambahbaikan sekolah. Walau bagaimanapun, pengujudan sekolah yang berkesan juga adalah hasil daripada penyertaan yang berterusan daripada guru-guru yang kompeten. Kompeten yang dimaksudkan ialah berkemahiran dalam kerja kepimpinan, peranan dan tanggungjawab, menunjukkan penglibatan dan kerjasama, serta menjadi "inquiry base" untuk membuat keputusan sekolah dan bilik darjah dan fokus akhirnya membawa kepada pencapaian pelajar yang cemerlang dalam akademik, bukan akademik dan disiplin. Justeru, kajian ini bertujuan melihat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dan kapasiti kepimpinan guru di sekolah kluster. Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 93 guru di dua buah sekolah kluster di sebuah negeri Utara Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan amalan kapasiti kepimpinan guru di sekolah kajian adalah sederhana. Selain itu, ujian t dalam kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap amalan kepimpinan transformasi antara sekolah kajian. Walau bagaimanapun dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi amalan kapasiti kepimpinan guru di sekolah-sekolah kajian. Manakala dapatan regrasi pula menunjukkan bahawa tidak terdapat dimensi kepimpinan transformasi yang menjadi peramal yang signifikan kepada amalan kapasiti kepimpinan di sekolah-sekolah tersebut. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa amalan kapasiti kepimpinan guru di sekolah kluster tidak dipengaruhi oleh kepimpinan transformasi pengetua. Hari ini adalah kerana walaupun perbezaan yang signifikan wujud bagi kepimpinan transformasi antara kedua sekolah kajian, tahap amalan kapasiti kepimpinan guru bagi sekolah-sekolah berkenaan tidak berbeza kerana guru-guru di sekolah tersebut mempunyai kepimpinan kendiri yang tinggi dan telah sedia maklum dengan tanggungjawab dan tugas mereka.
Actions (login required)
 |
View Item |