Saffiee, Nursyafina and Abdul Hamid, Aida Hanim and Darusalam, Ghazali. (2018) Amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar terhadap keberkesanan sekolah di daerah Subis. Malaysian Online Journal of Education, 2 (2). pp. 21-28.
![]() |
PDF
Download (243kB) |
Abstract
Kepimpinan berprestasi tinggi perlu dipupuk dalam kalangan pemimpin di sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah dinilai melalui kepimpinan oleh seorang pentadbir yang mencorak dan memandu hala tuju sekolah tersebut. Kajian ini menumpukan kepada tahap amalan kepemimpinan transformasional guru besar terhadap keberkesanan sekolah di daerah Subis. Tahap amalan kepimpinan diukur melalui lima elemen teori kepimpinan yang merangkumi karismatik, peningkatan pengaruh, pertimbangan individu, ransangan intelektual dan inspirasi motivasi. Manakala ciri sekolah berkesan yang diutarakan oleh Peter Mortimore merangkumi sebelas ciri utama dan hanya enam ciri yang dipilih mengikut kesesuaian sekolah yang dikaji iaitu kepimpinan professional, perkongsian visi dan matlamat, pengharapan yang tinggi, pengukuhan yang positif, pemantauan terhadap perkembangan dan organisasi dinamik. Selain daripada itu, kajian ini juga akan mengkaji hubungan amalan kepimpinan transformasional guru besar terhadap keberkesanan sekolah di daerah Subis.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kepimpinan Transformasional, Keberkesanan Sekolah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 07 Feb 2023 01:17 |
Last Modified: | 07 Feb 2023 01:17 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1352 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |