IAB Institutional Repository

Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru

Asmuri, Nurul Aishah and Hamzah, Mohd Izham and Mohd Nor, Mohamed Yusoff. (2022) Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 4 (No. 2). pp. 115-127. ISSN 2682-826X

[img] PDF
Download (249kB)

Abstract

Kepimpinan instruksional guru besar adalah salah satu kepimpinan yang dapat menyumbang kepada tahap kepuasan kerja guru. Kepimpinan instruksional guru besar dapat dilihat dari kemampuan serta kompetensi guru besar dalam pengurusan dan perubahan bagi meningkatkan produktiviti dan kejayaan sesebuah sekolah. Tujuan kajian ini adalah bagi melihat tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan tahap kepuasan kerja guru. Hasil kajian ini diharap dapat membantu Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor bagi menyediakan keperluan dan kemahiran yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti guru besar. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Manakala borang soalselidik diberikan kepada 201 orang guru dari 10 buah sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan pekali kolerasi yang positif dan tinggi iaitu nilai Pearson Correlation (r) =.835 dan paras signifikan (p) =.000. Tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar adalah tinggi dengan nilai min 3.7 dan tahap kepuasan kerja dengan skor min 4.14. Dapatan ini diharap dapat dijadikan panduan kepada Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Selangor bagi merangka program yang bersesuaian dalam meningkatkan amalan kepimpinan instruksional guru besar dan kepuasan kerja guru. Kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional guru besar releven untuk diaplikasi di sekolah dan amat penting bagi mengembangkan potensi guru serta berupaya meningkatkan tahap kepuasan kerja guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kepimpinan instruksional, kepuasan kerja, guru besar
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 07 Feb 2023 01:18
Last Modified: 07 Feb 2023 01:18
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1354

Actions (login required)

View Item View Item