IAB Institutional Repository

Tahap profesionalisme guru sekolah kebangsaan di Semenanjung Malaysia

Abu Hassan, Mohd Aizat and Musa, Kamarudin. (2020) Tahap profesionalisme guru sekolah kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Management Research Journal, 9 (2). pp. 37-45.

[img] PDF
Download (439kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme guru berdasarkan empat dimensi iaitu watak guru, komitmen untuk berubah dan peningkatan berterusan, pengetahuan subjek dan pedagogi, dan kewajipan dan hubungan kerja di luar kelas di sekolah rendah di semenanjung Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 384 guru sekolah yang dipilih secara rawak. Untuk mendapatkan data, borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data daripada guru di Semenanjung Malaysia. Data akan dianalisis bagi mendapatkan min bagi setiap item untuk di interpretasi sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap amalan profesionalisme guru adalah tinggi. Kajian ini dapat membantu pihak yang berkaitan untuk melihat tahap profesionalisme di kalangan guru di Semenanjung Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Guru Sekolah Rendah, Semenanjung Malaysia, Profesionalisme Guru
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 07 Feb 2023 02:51
Last Modified: 07 Feb 2023 02:51
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1358

Actions (login required)

View Item View Item