IAB Institutional Repository

Tinjauan tahap prestasi peranan guru pendidikan islam sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan Masyarakat Madani melalui kaedah pendidikan islam tidak formal

Ishak, Maziahtusima and Arshad, Mohd Mursyid and Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Ismail, Ismi Ariff and Ismail, Hayati and Ahmad, Sakinah and Ramlan, Siti Rosilawati and Abdullah, Hazlina and Mat Saad, Noor Saazai and Syed Sahuri, Sarifah Nurhanum. (2021) Tinjauan tahap prestasi peranan guru pendidikan islam sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan Masyarakat Madani melalui kaedah pendidikan islam tidak formal. Sains Insani, 6 (1). pp. 1-10. ISSN 127-7871

[img] PDF
Download (348kB)

Abstract

Sejarah perkembangan pendidikan negara menunjukkan pendidikan Islam tidak formal merupakan kaedah penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Guru agama sangat berpengaruh terutamanya dalam aspek pengukuhan identiti Melayu Islam dan bimbingan kerohanian. Sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup individu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam masyarakat turut dikaitkan dengan tahap penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan yang masih rendah. Kajian ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru pendidikan Islam (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat madani dalam era pasca moden. Peranan GPI sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 8 item yang dibina berdasarkan teori peranan dan ciri ejen berkesan dalam model Perubahan Terancang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah .923. Kajian melibatkan 320 orang GPI sekolah agama swasta di Selangor yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0. Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai pemangkin perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan orang lain terhadap tanggung jawab sebenar GPI terhadap ahli masyarakat dapat mempengaruhi tingkah laku GPI. Kajian merupakan satu konteks baru iaitu mengukur penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak formal. Peranan pemangkin perubahan yang dikaji adalah mengikut jangkaan dan persepsi masyarakat menurut Teori Peranan serta keperluan standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan kajian boleh digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: guru pendidikan Islam, nilai profesionalisme guru, pemangkin perubahan, pendidikan tidak formal, teori peranan
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 08 Feb 2023 00:07
Last Modified: 08 Feb 2023 00:07
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1361

Actions (login required)

View Item View Item