Saliman, Faezah and Mahamod, Zamri (2023) Amalan guru bahasa melayu di SKM dalam merancang pentaksiran menggunakan pendekatan pembelajaran terbeza. Jurnal Dunia Pendidikan, 4 (4). pp. 204-217. ISSN e-ISSN: 2682-826X
![]() |
PDF
Download (241kB) |
Abstract
Kualiti guru dapat dilihat apabila guru berjaya menjadi perancang dan pengawal pengajaran dan pembelajaran, pembimbing dan pendorong kepada murid serta menjadi penilai kepada prosses pengajaran dan pembelajaran dengan menekankan kepelbagaian murid dalam setiap amalan yang dilaksanakan bagi menjayakan suatu pembelajaran murid yang berkesan. Justeru, objektif ini adalah untuk mengkaji amalan guru Bahasa Melayu di Sekolah Kurang Murid (SKM) dalam merancang pentaksiran menggunakan pendekatan pembelajaran terbeza. Kajian yang direka bentuk menggunakan kajian kualitatif adalah berpandukan kepada kajian kes satu kes pelbagai tempat. Enam orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di empat buah Sekolah Kurang Murid di Bahagian Betong telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah instrumen temu bual mendalam. Temubual bersama peserta kajian ditranskripsi ke dalam bentuk dokumen dan dianalisis bagi mendapatkan tema serta subtema yang berkaitan objektif kajian. Data kajian juga dianalisis menggunakan jadual matriks untuk mendapatkan rumusan keseluruhan tema dan subtema. Hasil kajian mendapati bahawa amalan guru Bahasa Melayu di SKM dalam merancang pentaksiran adalah merancang pemilihan kandungan, merancang kaedah pentaksiran dan merancang tindakan susulan. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh guru-guru SKM yang lain dalam merancang pentaksiran menggunakan pendekatan terbeza. Kajian ini turut boleh membantu pengkaji lain menjalankan kajian lanjutan berkaitan dengan amalan pelaksanaan pentaksiran menggunakan pendekatan terbeza.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | amalan, pentaksiran, SKM, pembelajaran terbeza |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 08 Feb 2023 23:58 |
Last Modified: | 08 Feb 2023 23:58 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1374 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |