IAB Institutional Repository

Pemansuhan UPSR: kesediaan guru Bahasa Melayu tahun enam dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah

Said, Ashma and Wan Mohamad, Wan Muna Ruzanna. (2023) Pemansuhan UPSR: kesediaan guru Bahasa Melayu tahun enam dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5 (1). pp. 181-191. ISSN e-ISSN: 2682-826X

[img] PDF
Download (201kB)

Abstract

Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah dilakukan oleh KPM telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga pendidik, ibu bapa dan juga murid. Rentetan pemansuhan UPSR ini, secara tidak langsung pentaksiran bilik darjah menjadi keutamaan di dalam penilaian murid tahun 6. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru Bahasa Melayu tahun enam terhadap pemansuhan UPSR dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes yang melibatkan dua orang guru. Kaedah temu bual dan analisis data telah dilakukan untuk mengumpul data. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru berpengetahuan dan bersedia untuk melaksanakan PBD setelah pemansuhan UPSR. Kesimpulannya, guru bahasa Melayu tahun enam perlu melaksanakan PBD dengan lebih baik, telus dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan pentaksiran yang dijalankan telus dan berkualiti.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pemansuhan UPSR, pentaksiran, Bahasa Melayu, pentaksiran bilik darjah, kesediaan guru
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 09 Mar 2023 00:27
Last Modified: 09 Mar 2023 00:27
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1392

Actions (login required)

View Item View Item