Rosli , Samot
(2008)
PENGURUSAN STRATEGIK DALAM KALANGAN PENGURUS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI PERAK.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15 2008.
pp. 111-122.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Tujuan utama kajian ini ialah untuk maneliti amalan Pengurusan Strategik dalam kalangan pengurus sekolah-sekolah menengah teknik (SMT) di negeri Perak. Kajian ini juga mengenal pasti misi, visi, objektif, keadaan prasarana dan sumber, taraf pengurusan dan pelan tindakan pengurusan strategik yang dijalankan oleh pengurus-pengurus sekolah menengah teknik. Kajian ini menggunakan soal selidik yang merangkumi aspek-aspek latar belakang sekolah dan sampel kajian, misi, visi dan objektif sekolah, keadaan prasarana dan sumber-sumber, taraf pengurusan dalam beberapa aspek dan pelan tindakan pengurusan strategik yang dilaksanakan di seluruh SMT di negeri Perak. Sampel kajian ini terdiri daripada 66 orang pengurus yang mencakupi pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan (HEM) dan guru-guru kanan mata pelajaran di seluruh SMT di negeri Perak. Analisis data kajian ini menggunakan statistik diskriptif seperti kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa enam nilai utama yang terdapat pada misi dan visi di seluruh SMT di negeri Perak adalah nilai bekerjasama, bertanggungjawab, ketabahan, berketrampilan, berdedikasi dan berdisiplin. Sementara itu, tiga nilai yang dominan dalam pernyataan objektifnya ialah berketrampilan, berkemahiran tinggi dan berakhlak mulia. Semua pengurus, guru dan kakitangan mempunyai kefahaman yang jelas terhadap misi, visi dan objektif sekolah masing-masing. Dapatan kajian ini juga rnenunjukkan bahawa keadaan prasarana dan sumber-surnber di seluruh SMT di negeri Perak berada pada tahap agak memuaskan. Sementara itu, dari segi taraf pengurusan strategik dalam beberapa aspek seperti kepimpinan, kewangan, kegiatan kokurikulum, disiplin, PIBG dan komuniti setempat, kurikulum, prasarana, guru dan staf ke arah profesionalisme, keceriaan, asrama, program kecemerlangan akademik, skim pinjaman buku teks (SPBT) dan penilaian prestasi kerja berada pada tahap yang amat baik. Seterusnya pada aspek pelan tindakan terhadap aspek-aspek yang disebutkan di atas, hampir kesemua aspek-aspek tersebut telah mencapai tahap pelaksanaan yang baik kecuali aspek-aspek pengurusan PIBG dan komuniti setempat, pengurusan keceriaan, pengurusan program kecemerlangan akademik dan pengurusan skim pinjaman buku teks (SPBT) masih belum mencapai tahap baik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan pengurusan strategik di kalangan pengurus di seluruh SMT di negeri Perak berada pada tahap yang baik. Ini membawa implikasi yang positif ke arah kejayaan sekolah-sekolah tersebut untuk mencapai misi, visi dan objektif sekolah seperti yang digariskan. Dicadangkan agar pengurus sekolah mengamalkan pengurusan strategik bagi meningkatkan keberkesanan operasi pengurusan sekolah, khususnya sekolah-sekolah menengah teknik.
Actions (login required)
 |
View Item |