IAB Institutional Repository

Peranan pemimpin instruksional dalam menangani perubahan organisasi

Wan Othman, Wan Zaliha and Mohammad, Nazeri and Wan Mat, Wan Ameran (2022) Peranan pemimpin instruksional dalam menangani perubahan organisasi. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 35 (2). pp. 1-8.

[img] PDF - Published Version
Download (221kB)

Abstract

Perubahan merupakan satu proses transformasi daripada pemikiran, kaedah atau pendekatan sedia ada kepada corak pemikiran, kaedah dan pendekatan baru. Bagi sesebuah organisasi, ia dikaitkan dengan pelaksanaan sistem atau prosedur baru dalam kerja dengan tujuan untuk memperbaiki kelicinan kerja berbanding sistem kerja terdahulu. Di sekolah, apabila sesuatu perubahan diperkenalkan, pengetua sebagai pemimpin instruksional bertanggungjawab mengimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya atau gagal perubahan itu bergantung kepada pengetua sekolah. Pengetua mesti bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan melaksanakan perubahan demi kecemerlangan organisasi sekolah. Kertas pendidikan ini membicarakan secara ilmiah berkaitan dengan peranan pemimpin instruksional dalam menangani perubahan organisasi. Kepimpinan instruksional adalah segala amalan tingkah laku perancangan pengetua yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi, menerajui, memberi bimbingan, dan dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan meningkatkan program-program berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat sekolah berkualiti yang ditetapkan. Kepimpinan adalah suatu proses di mana seseorang individu mempengaruhi satu kumpulan atau individu untuk mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan dan kelakuannya boleh membina iklim kepercayaan yang memupuk inovasi di seluruh organisasi. Seiring dengan perubahan masa yang cepat, pemimpin perlu mempunyai imaginasi untuk membayangkan perkembangan secara menyeluruh. Dalam konteks Pendidikan, kepimpinan perubahan Pengetua mendapat perhatian untuk mengukur kompetensi yang dimiliki oleh pengetua. Kepimpinan perubahan pengetua adalah kecekapan pengetua dalam mengurus perubahan di sekolah sebagai pemacu membawa sekolah ke arah kecemerlangan. Sehubungan itu, pengetua memainkan peranan dalam kejayaan sekolah maka merupakan cabaran besar untuk pengetua memikul tanggungjawab kepimpinan di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pemimpin instruksional, memberi bimbingan, dorongan dan perubahan organisasi.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 12 Jun 2023 07:49
Last Modified: 12 Jun 2023 07:49
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1422

Actions (login required)

View Item View Item