IAB Institutional Repository

Metafora akal, kehidupan dan fikiran dalam buku Falsafah Hidup Karya Hamka

Rashidin, Rozaimah (2023) Metafora akal, kehidupan dan fikiran dalam buku Falsafah Hidup Karya Hamka. JURNAL BAHASA, 23 (1). pp. 113-146.

[img] PDF
Download (485kB)

Abstract

Manusia cenderung untuk memanfaatkan metafora bagi menyampaikan makna implisit di sebalik penyampaian makna literal, terutamanya dalam penulisan. Pemanfaatan metafora bertujuan untuk menyampaikan sesuatu yang bersifat abstrak atau menjelaskan sesuatu konsep yang kompleks. Namun begitu, metafora yang mengandungi makna yang berlapis menyebabkan berlakunya penyalahtafsiran makna. Pengguna bahasa pula tidak dapat memahami makna di sebalik ungkapan tersebut. Hal ini menyebabkan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca gagal difahami, seterusnya terjadilah kekaburan makna dan kegagalan komunikasi. Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan penginterpretasian makna metafora akal, kehidupan dan fikiran dalam buku Falsafah Hidup karya Hamka berdasarkan Teori Hibrid dan analisis kandungan teks. Data kajian ini diperoleh daripada empat bab pertama buku Falsafah Hidup. Analisis terhadap tiga metafora ini menghasilkan beberapa rantau konseptual yang memanifestasikan fikiran Hamka ketika menghuraikan dimensi asas kehidupan. Dua bentuk metafora, iaitu metafora konvensional dan metafora linguistik, telah dikenal pasti dalam kajian ini. Kedua-dua bentuk metafora ini juga berjaya menghasilkan tiga jenis metafora konseptual, iaitu metafora orientasi, metafora ontologi dan metafora struktural.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Metafora linguistik, metafora konvensional, metafora orientasi, metafora ontologi, metafora struktural, Teori Hibrid
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 15 Aug 2023 03:24
Last Modified: 17 Oct 2023 23:58
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1436

Actions (login required)

View Item View Item