IAB Institutional Repository

Amalan Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru SJKC

Kun, Lee Hue and Mohd Hamzah, Mohd Izham (2023) Amalan Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Hubungannya dengan Komitmen Guru SJKC. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8 (1). pp. 1-20. ISSN e2504-8562

[img] PDF
Download (324kB)

Abstract

Guru besar masih kurang jelas tentang kepimpinan distributif yang cenderung kepada pertanggungjawaban bersama lalu menjejaskan komitmen guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan distributif guru besar dan hubungannya dengan tahap komitmen guru SJKC. Informasi kajian dapat dijadikan rujukan KPM dalam menilai keberkesanan amalan kepimpinan distributif mengikut kondisi Malaysia. Kajian ini berbentuk tinjauan dan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik dalam bentuk GoogleForm telah diedarkankepada 291 orang guru daripada 1195 populasi secara rawak mudah. Data kuantitatif yang dikumpulkantelah ditafsirkan secara deskriptif dan inferensi dengan perisian SPSS versi 26. Kajian melaporkan tahap amalan kepimpinan distributif guru besar (min=4.17, sp =0.44) pada tahap tinggi. Manakala tahap komitmen guru (min=3.57, sp =0.71) pada tahap sederhana tinggi. Analisis Spearman Rho menunjukkan terdapat hubungan positif kuat yang signifikan antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan tahap komitmen guru (r = 0.617, p > 0.05). Kesimpulannya kajian ini membuktikan wujudnya hubungan positif kuat antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan komitmen guru SJKC. Amalan kepimpinan distributif terbukti sesuai dengan perubahan dan tuntutan semasa demi memupuk pemimpin berkualiti serta berupaya memupuk komitmen guru. Hasil kajian memberi mesej kepada KPM bahawa amalan kepimpinan distributif boleh meningkat kualiti pemimpin lalu memupuk komitmen guru. KPM perlu menyebarkan amalan kepimpinan distributif secara meluas kepada pemimpin sekolah mahupun pemimpin pertengahan dengan program yang sesuai. Kajian lanjutan boleh mengkaji ciri-ciri demografi yang mempengaruhi tahap amalan kepimpinan distributif dan komitmen guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Distributive leadership Teacher commitment Malaysia education
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: Pn Normah Mohamad Idzhar
Date Deposited: 15 Aug 2023 04:20
Last Modified: 16 Aug 2023 07:01
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1438

Actions (login required)

View Item View Item