IAB Institutional Repository

Kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru sekolah menengah

Beruin, Claudia Nanny and Mohd Nordin, Norazah (2023) Kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH, 8 (4). pp. 1-17. ISSN (e-ISSN : 2504-8562)

[img] PDF
Download (323kB)

Abstract

Bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan pemimpin pendidikan untuk memahami dan menilai semula pendekatan kepimpinan dan pengurusan mereka. Transformasi sistem pendidikan pada masa kini memberi cabaran kepada pengetua untuk meningkatkan motivasi, kerjasama, dan mengekalkan komitmen guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru dalam kalangan guru-guru sekolah menengah. Menggunakan soal selidik dalam talian, kajian ini berbentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Daripada 225 populasi, 144 orang guru merupakan sampel kajian. Nilai min, sisihan piawai, kekerapan, dan tahap peratusan pemboleh ubah semuanya ditentukan melalui analisis deskriptif, manakala ujian Korelasi Pearson digunakan dalam analisis inferensi untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah. Perisian SPSS 26.0 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan transformasional pengetua (Min=4.01, SP=.56) dan tahap komitmen guru (Min=3.54, SP=.60) secara keseluruhannya adalah tinggi. Selain itu, analisis juga menunjukkan bahawa kepimpinan transformasional pengetua dan komitmen guru adalah berkorelasi secara signifikan dan positif (r=0.504, p<0.01). Implikasi kajian ini ialah pengetua perlu mempertimbangkan setiap empat dimensi kepimpinan transformasional bagi meningkatkan tahap komitmen guru. Program yang berkesan, latihan kepimpinan, polisi dan dasar pendidikan perlu dirancang dengan baik sebelum dilaksanakan. Bagi mendapatkan data dan gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh, cadangan untuk kajian akan datang adalah menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan sampel yang lebih besar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pendidikan, Kepimpinan Transformasional, Pengetua, Komitmen Guru, Sekolah Menengah
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 02 Nov 2023 08:14
Last Modified: 02 Nov 2023 08:14
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1463

Actions (login required)

View Item View Item