IAB Institutional Repository

Amalan kepimpinan moral guru besar lepasan program PRIme dalam elemen kebajikan sebagai matlamat organisasi:satu kajian tindakan partisipatif

Muniandy, Vasu and Thambu, Nadarajan (2023) Amalan kepimpinan moral guru besar lepasan program PRIme dalam elemen kebajikan sebagai matlamat organisasi:satu kajian tindakan partisipatif. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 36 (1). pp. 13-25. ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (287kB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka amalan kepimpinan moral yang wujud dalam kalangan guru besar lepasan program Prime (Principals Residency And Immersion Programme), daripada tiga buah sekolah rendah di Malaysia. Elemen kepimpinan yang dikaji dalam kalangan Guru besar ialah amalan kepimpinan moral yang wujud dalam aspek Kebajikan Sebagai Matlamat Organisasi. Kajian ini dilaksanakan dalam pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan partisipatif (Participatory Action Research atau PAR). Model PAR yang mempunyai tiga gelung yang telah diadaptasi daripada Crane dan Richardson (2000) digunakan. Seramai 21 orang, dari 3 buah sekolah Kebangsaan (SK) telah menjadi peserta kajian. Mereka yang menjadi peserta kajian terdiri daripada guru besar, para pentadbir kanan dan guru-guru akademik. Data untuk kajian ini dikutip melalui teknik temu bual, pemerhatian dan catatan jurnal. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan guru besar lepasan program PRIme, di setiap sekolah kajian mampu mengembangkan amalan kepimpinan moral pengurusan organisasi sekolah dalam elemen Kebajikan Sebagai Matlamat Organisasi. Implikasi kajian ini memberikan maklumat yang penting kepada kepimpinan moral guru besar, pengurusan organisasi sekolah dan modul PRIme dalam kepimpinan moral yang lebih efisien.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Moral,Kebajikan Sebagai Matlamat Organisasi, PRIme
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi
Depositing User: Pn Normah Mohamad Idzhar
Date Deposited: 02 Nov 2023 08:15
Last Modified: 02 Nov 2023 08:15
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1468

Actions (login required)

View Item View Item