R.Shunmugam, Ratnadevi and Muniandy, Vasu and Si Harun, Mahazi and Mohamed, Norazman and Harun, Azhar and Mohamad Salim, Che Zakiah and Md Yusuf, Noraisah and Ismail, Salmah binti and Idris, Hasbullah bin and Zakaria, Zunaida (2023) Hubungan antara pembangunan individu terhadap pembangunan organisasi dalam kalangan graduan NPQEL 2.0. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 36 (1). pp. 1-12. ISSN 1511-4147
![]() |
PDF
Download (250kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pembangunan individu dan pembangunan organisasi serta hubungan antara pembangunan individu dan pengurusan organisasi terhadap kompetensi kepemimpinan graduan NPQEL 2.0. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kaedah persampelan rawak berstrata digunakan dengan melibatkan populasi daripada lima kampus IAB iaitu IAB Induk, IAB Cawangan Genting Highlands, IAB Cawangan Utara, IAB Cawangan Sabah dan IAB Cawangan Sarawak. Soal selidik yang diadaptasi daripada Standard Keperibadian dan Amalan Kepimpinan Pendidikan Berprestasi Tinggi Institut Aminuddin Baki dan ditadbir kepada 2516 graduan NPQEL 2.0 ambilan 2018 dan 2019. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pembangunan individu dan pembangunan organisasi adalah tinggi untuk semua elemen. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pembangunan individu terhadap pembangunan organisasi dalam kalangan graduan NPQEL 2.0 berkenaan. Secara keseluruhan, kajian ini diharap dapat menjadi rujukan bagi pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat bagi pembinaan modul-modul latihan kepimpinan pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan, NPQEL 2.0, Kepimpinan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | Pn Normah Mohamad Idzhar |
Date Deposited: | 02 Nov 2023 08:15 |
Last Modified: | 02 Nov 2023 08:15 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1470 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |