Jumahat, Tajulashikin (2023) Analisis keperluan latihan bagi Kursus Pengurusan Risiko Manusia dalam Organisasi Pendidikan menggunakan pendekatan Psikometrik. Global Journal of Education Research & Management (GERMANE), 3 (4). pp. 34-47. ISSN e-ISSN 2805-4695
![]() |
PDF
Download (336kB) |
Abstract
Pengurusan risiko dalam organisasi pendidikan merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan oleh kepimpinan pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kerelevanan pelaksanaan kursus pengurusan risiko manusia dalam kalangan pemimpin di sekolah dengan melaksanakan analisis keperluan latihan (TNA) menggunakan pendekatan psikometrik. Oleh itu, satu instrumen TNA iaitu Instrumen Pengurusan Risiko Manusia (INPERISMA) telah dibina bagi mengukur tiga dimensi yang relevan bagi melihat aspek pengurusan risiko manusia dalam organisasi pendidikan iaitu Analisis Individu, Analisis Organisasi dan Analisis Kepimpinan. Seramai 150 orang pemimpin sekolah dari pelbagai lapisan telah dipilih untuk meninjau tahap pengetahuan, amalan dan kepimpinan mereka terhadap keperluan pengurusan risiko manusia dalam organisasi pendidikan. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan bahawa dimensi Analisis Individu, Analisis Organisasi dan Analisis Kepimpinan berada pada tahap sederhana yang memberi justifikasi bahawa wujud keperluan untuk melaksanakan kursus pengurusan risiko manusia dalam kalangan pemimpin di sekolah. Berdasarkan pendekatan psikometrik, bukti keesahan dan kebolehpercayaan INPERISMA diperoleh melalui analisis faktor penerokaan (EFA) dan analisis Rasch. Keputusan prosedur EFA dan prosedur analisis Rasch telah menunjukkan bahawa INPERISMA merupakan instrumen yang sah dan boleh dipercayai bagi mengukur keperluan kursus pengurusan risiko manusia dalam organisasi pendidikan. Berdasarkan penemuan kajian ini, maka kursus pengurusan risiko manusia dalam organisasi pendidikan berpotensi untuk dilaksanakan dalam kalangan pemimpin sekolah disamping penghasilan instrumen atau alat ukur yang berwibawa bagi tujuan TNA.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengurusan Risiko Manusia, Kepimpinan Pendidikan, Analisis Keperluan Latihan, Analisis Faktor Penerokaan dan Analisis Rasch. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 13 Dec 2023 04:32 |
Last Modified: | 13 Dec 2023 04:32 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1474 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |