IAB Institutional Repository

Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan PikeBM dalam Aktiviti Kokurikulum (Teacher’s Readiness towards the Implementation of PikeBM in Co-CurricularActivities)

Nasir, Nasiyatun Ummah and Samsudin, Nurul Haniza (2023) Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan PikeBM dalam Aktiviti Kokurikulum (Teacher’s Readiness towards the Implementation of PikeBM in Co-CurricularActivities). Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 5 (No. 4,). pp. 100-111. ISSN 2682-826X

[img] PDF
Download (234kB)

Abstract

Abstrak:Kemahiran lisan dalam bahasa Melayu merupakan kemahiran yang ditekankan dalam pelaksanaan PIKeBM. Namun begitu, pelaksanaan PIKeBM sebagai aktiviti sisipan dalam kokurikulum dilihat tidak seberapa memberangsangkan. Hal ini demikian kerana, tinjauan awal kesalah satu sekolah menengah memperlihatkan tidak semua aktiviti kokurikulum disisipkan dengan PIKeBM. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan menganalisis tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan PIKeBM sebagai sisipan wajib dalam aktiviti kokurikulum. Kajian dengan reka bentuk kuantitatif deskriptif ini telah memilih 30 orang guru sekolah menengah sebagai responden melalui kaedah persampelan bertujuan untuk menjawab satu set borang soal selidik. Kajian ini turut mengaplikasikan Model Proses Pendidikan Bryant (1974) yang menekankan tiga faktor tahap kesediaan guru iaitu input, gerak kerja dan sikap. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan PIKeBM sebagai sisipan wajib dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi walaupun masih terdapat peratusan kecil guru yang sebenarnya masih kurang cakna akan pelaksanaan PIKeBM yang telah berkuatkuasa bermula Mac 2021 lalu. Tahap kesediaan guru yang tinggi ini sangat berkait rapat dengan tahap pengetahuan, kemahiran serta sikap guru terhadap pelaksanaan PIKeBM itu sendiri. Oleh itu, para guru sebenarnya sudah mempersiapkan diri dengan ilmu dan maklumat yang lengkap berpandukan modul PIKeBM yang telah digariskan oleh KPM. Kajian ini boleh menjadi penanda aras awal atau kajian rintis berkenaan tahap pelaksanaan PIKeBM dalam aktiviti kokurikulum memandangkan belum ada kajian yang memfokuskan PIKeBM pernah dijalankan oleh pengkaji lain. Oleh itu, pengkaji sangat berharap kajian yang memfokuskan kepada PIKeBM ini dapat dijalankan dengan skop dan perspektif yang lebih luas agar pihak KPM dapat menilai keberkesanan strategi yang dicanangkan kepada warga pendidik di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: PIKeBM, kokurikulum, kesediaan guru, pengetahuan guru, kemahiran guru
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 19 Jan 2024 07:03
Last Modified: 19 Jan 2024 07:03
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1485

Actions (login required)

View Item View Item