Abdul Ghani, Abdullah and Aziah , Ismail and Tang, Keow Ngang
(2007)
AMALAN NILAI DAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN GURU.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14 2007.
pp. 31-44.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Penjawat Perkhidmatan Awam dikehendaki menghayati dan mengamalkan nilai-nilai positif tersebut agar menjadi tonggak kepada keperibadian atau perilaku anggota Perkhidmatan Awam termasuklah semua warga yang terlibat dalam bidang pendidikan terutamanya guru dan pentadbir sekolah. Penekanan terhadap nilai dalam kalangan kakitangan awam tertumpu kepada nilai budaya setempat. Hasilnya satu garis panduan etika kerja yang selaras dengan ciri dan nilai kerja budaya setempat Malaysia telah dikeluarkan. Garis panduan yang dimaksudkan ialah Tonggak 12. Namun begitu, sehingga kini belum ada usaha secara komprehensif dalam kalangan para penyelidik tempatan untuk meneliti sama ada Tonggak 12 ini menjadi pegangan, amalan dan tingkah laku kakitangan awam terutamanya guru dalam melaksanakan tugas seharian mereka serta kesannya terhadap fenomena-fenomena lain seperti produktiviti, prestasi, kecemerlangan dan lain-lain. Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan nilai kerja guru di sekolah dan kesan amalan nilai kerja terhadap prestasi guru.
Actions (login required)
 |
View Item |