Mohammad, Nazeri and Wan Mat, Wan Ameran (2024) Peranan aktiviti kokurikulum dalam pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan murid : the role of co-curricular activities in developing soft skills among students. Global Jurnal of Educational Research & Management, 4 (1). pp. 27-33. ISSN e-ISSN: 2805-4695
![]() |
PDF
Download (197kB) |
Abstract
Kokurikulum ada peranan dan pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Namun begitu, daripada segi keseimbangan kepentingan, kerap terjadi peranan dan kepentingan kokurikulum di ke sampingkan sama ada secara disengajakan atau tidak disengajakan. Murid yang cemerlang tidak sekadar diukur berdasarkan kelayakan akademik mereka semata-mata, tetapi juga melalui penguasaan kemahiran insaniah seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, etika dan moral profesional. Justeru itu, untuk ke arah itu semestinya murid perlu bersaing dan menonjolkan kemahiran yang ada semaksima mungkin dalam menempatkan diri mereka dalam kerjaya. Hal ini menjadi tugas penting institusi pendidikan untuk menyediakan platform yang pelbagai dalam usaha menggilap bakat dan kemahiran insaniah murid dan seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti bagi persediaan untuk memohon masuk ke universiti awam (UA) dan institusi pendidikan tinggi yang lain (IPTA). Hal ini menjadi asas tujuan kajian ini dijalankan iaitu untuk mengenalpsti faktor penglibatan murid dalam kokurikulum dan kaitannya dengan pembangunan kemahiran insaniah personal. Sebanyak 99 data responden yang terdiri daripada murid Tingkatan 5 SMKBMKuala Lumpur dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24.0 yang diyakini bersesuaian dengan kajian berbentuk kuantitatif. Analisis kajian ini menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mendorong murid SMKBMKuala Lumpur melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun, item kategori menyertai dengan kehendak diri sendiri dan melihat terlebih dahulu keberkesanan daripada penganjuran program itu menjadi keutamaan yang mendorong mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di SMKBMKuala Lumpur. Adalah diyakini kokurikulum mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan kemahiran insaniah yang berpotensi untuk menjadi wadah kepada pembinaan karakter kepada murid. Oleh itu, sewajarnyalah kokurikulum diletakkan di tempat yang hak dalamsistem pendidikan di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kemahiran insaniah, kepemimpinan insaniah, kebolehan interaksi, dan komunikasi berkesan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 29 May 2024 07:40 |
Last Modified: | 29 May 2024 07:40 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1504 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |