IAB Institutional Repository

Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Klang

Mohamad Azhar, Nurul Athirah and A. Hamid, Aida Hanim (2024) Kepimpinan Distributif Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Amanah di Daerah Klang. Jurnal Dunia Pendidikan, 6 (1). pp. 1-15. ISSN 2682-826X

[img] PDF
Download (172kB)

Abstract

Perubahan yang semakin pesat berlaku dalam dunia pendidikan menyebabkan tugasan kerja warga pendidik menjadi semakin kompleks dan seterusnya memberi kesan terhadap kepuasan kerja guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kempipinan distributif guru besar dan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah serta hubungan di amalan kepimpinan distributif guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Klang, Selangor. Kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan 152 orang guru dari empat buah sekolah amanah di daerah Klang. Instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) yang dibangunkan oleh Gordon (2005) dan Job Satisfaction Scale(JSS) yang dibangunkan oleh Spector (1997) digunakan untuk mengumpul data. Instrumen tersebut telah diuji rintis dan mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.91. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27.0 untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan distributif guru besar adalah di tahap yang sangat tinggi (min=4.42, SP=0.39), manakala tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah daerah Klang adalah di tahap yang tinggi (min=4.23, P=0.47). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan (r=0.71) antara amalan kepimpinan distributif guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru sekolah amanah di daerah Klang. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pembuat dasar dan latihan kepimpinan kepada para pemimpin sekolah serta rujukan para pentadbir untuk menilai dan menambah baik amalan kepimpinan mereka. Kesimpulannya, guru besar perlu mengamalkan amalan kepimpinan distributif agar tahap kepuasan kerja guru dapat ditingkatkan dan kejayaan sekolah dapat dicapai.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Distributif, Kepuasan Kerja, Guru, Sekolah Amanah
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 29 May 2024 07:49
Last Modified: 29 May 2024 07:49
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1516

Actions (login required)

View Item View Item