IAB Institutional Repository

Persepsi guru terhadap jenis kesilapan menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid sekolah rendah

Ting, Suk Ling and Rosli, Roslinda (2024) Persepsi guru terhadap jenis kesilapan menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 6 (1). pp. 626-637. ISSN 2682-826X

[img] PDF
Download (204kB)

Abstract

Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang diutamakan dalam sistem pendidikan di Malaysia khususnya dalam bidang Matematik. Namun, prestasi pencapaian murid dalam Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan bahawa murid-murid di Malaysia masih lemah dalam penyelesaian masalah matematik berayat. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru terhadap jenis kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat (MMMB) berdasarkan model Newman dan faktor kesilapan berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah di bandar Bidor, Perak. Kajian tinjauan ini melibatkan 39 orang guru Matematik dari SJKC dengan menggunakan teknik pensampelan secara bertujuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 digunakan untuk menganalisis data bagi faktor yang menyebabkan kesilapan berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah semasa MMMB. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan pemahaman adalah paling kerap dilakukan oleh murid semasa proses MMMB. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa faktor murid (M = 3.19) telah mencapai skor min pada tahap tinggi.Ia menunjukkan bahawa sikap murid memberi impak yang ketara atas kewujudan kesilapan semasa MMMB. Faktor guru (M = 2.39) dan faktor literasi bahasa (M = 3.10) hanya menunjukkan kesan secara sederhana atas kewujudan kesilapan murid semasa penyelesaian masalah. Sehubungan dengan itu, kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada pelbagai pihak untuk mengatasi kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid dalam kemahiran penyelesaian masalah dan membantu mereka meningkatkan hasil pembelajaran matematik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Jenis Kesilapan, Menyelesaikan Masalah, Matematik, Berayat, Model Newman
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 29 May 2024 07:53
Last Modified: 29 May 2024 07:53
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1522

Actions (login required)

View Item View Item