IAB Institutional Repository

Hubungan antara Kecerdasan Emosi Pemimpin Pendidikan dan Komitmen Organisasi Guru

Uma Thevi, Vetriveilmany (2024) Hubungan antara Kecerdasan Emosi Pemimpin Pendidikan dan Komitmen Organisasi Guru. Global Journal of Educational Research and Management(GERMANE), 4 (2). pp. 12-24. ISSN e-ISSN: 2805-4695

[img] PDF
Download (339kB)

Abstract

Berikutan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan negara dari semasa ke semasa, kecerdasan emosi pemimpin pendidikan adalah penting agar subordinat sekolah diterajui, dibimbing dan didorong secara holistik. Kajian ini bertujuan untuk meneroka hubungan antara kecerdasan emosi pemimpin pendidikan (KEP) dan komitmen organisasi guru (KGO) di sekolah menengah Malaysia. Berdasarkan kaedah pengumpulan data kuantitatif, kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Seramai 385 guru sekolah menengah dari wilayah Utara Semenanjung Malaysia; Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang dipilih sebagai responden kajian menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik. Satu set soal selidik yang terdiri daripada Emotional Leadership Questionnaire (ELQ), dan Multi-Dimensional Commitment to Educational Organisational -Teacher Questionnaire-digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan analisisdeskriptif dan statistik inferensi melalui program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi pemimpin pendidikan (M=4.30, SP=.42) berada pada tahap tinggi. Sementara itu, dapatan kajian bagi tahap komitmen guru terhadap organisasi pula menunjukkan tahap sederhana tinggi (M=4.04, SP=.54). Secara terperinci, setiap dimensi kedua-dua pemboleh ubah ini (KEP dan KGO) berada pada tahap tinggi dan sederhana tinggi dengan min skor 3.41 dan ke atas. Keputusan kajian turut menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara kecerdasan emosi pemimpin pendidikan dengan komitmen guru terhadap organisasi. Pengurusan kendiri dan kesedaran sosial merupakan dua dimensi kecerdasan emosi yang paling menonjol. Hasil penyelidikan ini membuktikan bahawa peranan pemimpin pendidikan yang cerdas emosi merupakan salah satu elemen fundamental dalam usaha merangsang dan menyuburkan komitmen guru di organisasi sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kecerdasan Emosi, Pemimpin Sekolah, Komitmen Organisasi Guru
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 23 Jul 2024 04:17
Last Modified: 23 Jul 2024 04:17
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1529

Actions (login required)

View Item View Item