Mohammed Sani, Ibrahim
(2007)
STRATEGI MENGINSTITUSIKAN PROGRAM MENTORAN KE ARAH PERKEMBANGAN KERJAYA GURU-GURU NOVIS DI MALAYSIA.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-14 2007.
pp. 58-92.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Setiap tahun lebih daripada 15,000 guru-guru permulaan (selepas ini disebut sebagai guru-guru novis) ditempatkan di seluruh Malaysia. Sesetengah daripadanya telah mendapat manfaat daripada latihan yang berkualiti, kelihatan berkompetensi dan berkeyakinan untuk membantu pelajar-pelajar belajar. Namun demikian, masih ada ramai yang kurang bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di bilik-bilik darjah. Sungguhpun ada pelbagai alasan mengapa masih ada dalam kalangan guru-guru novis yang tidak bersedia, kita juga terus mengkaji tentang kepentingan pengajaran yang berkesan dan apa yang dibuat ofeh guru-guru yang efektif. Guru-guru berkesan menggunakan pelbagal alat untuk menilai bagaimana pelajar-pelajar mereka belajar dan apa yang dipelajari oleh para pelajar masing-masing. Mereka menggunakan informasi ini untuk membantu pelajar maju ke hadapan. Mereka menyusun aktiviti-aktiviti, alatan-alatan dan pengajaran berdasarkan ilmu yang sedia ada dalam kalangan pelajar dan tahap perkembangan pelajar supaya semua pelajar boleh berjaya. Guru-guru berkesan melibatkan pelajar dengan pembelajaran yang aktif melalui aktiviti-aktiviti perbahasan, perbincangan, penyelidikan, penulisan, penilaian dan membina model-model, menulis kertas kerja dan produk selain daripada mendengar dan membaca informasi, memerhati demonstrasi dan kemahiran-kemahiran amali. Mereka mempunyai ekspektasi yang tinggi bagi mencapai standard yang telah ditetapkan. Mereka melibatkan ibu bapa dalam proses pembelajaran dan membina jalinan hubungan antara rumah dan sekolah bagi menyokong proses pembelajaran anak-anak mereka. Ini bermakna guru-guru perlu terus belajar untuk melaksanakan tugas-tugas yang kompleks secara profesional. Kertas kerja ini akan berfokus beberapa aspek bagi mempertingkatkan tahap profesionalisme guru-guru novis di Malaysia
Actions (login required)
 |
View Item |