IAB Institutional Repository

Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran bilik darjah

Arumugham, Kalai Selvan (2020) Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. ASIAN PEOPLE JOURNAL, 3 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-8971

[img] PDF
Download (197kB)

Abstract

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai dan mengukur perkembangan pembelajaran seseorang murid secara holistik. PBD perlu dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat memupuk minat dan keseronokkan untuk belajar. Bebanan peperiksaan telah dikurangkan sepenuhnya untuk memastikan pembinaan karakter murid dapat dilakukan sepanjang tempoh murid-murid ini berada di tahun satu hingga tiga. Penyelidikan ini dijalankan untuk memahami cara guru-guru sekolah rendah di Malaysia melaksanakan PBD. Aspek utama yang dilihat ialah cara guru-guru menghubungkaitkan kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dan yang kedua ialah cara guru-guru melaksanakan PBD. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan pendekatan kualitatif kerana penyelidikan ini berhasrat untuk meneroka dan memahami cara guruguru melaksanakan PBD. Seramai sepuluh orang guru telah dipilih secara persampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan PBD. Penyelidik telah melakukan temu bual dan pemerhatian untuk proses pengumpulan data. Dapatan telah dilaporkan berdasarkan tema-tema yang dihasilkan berdasarkan data yang telah dikumpulkan. Tiga tema telah diperoleh untuk menjelaskan cara guru-guru menghubungkaitkan kurikulum, pengajaran dan pentaksiran serta melaksanakan PBD. Tema-tema itu juga dapat menjelaskan secara terperinci tentang proses pelaksanaan PBD dalam kalangan guru-guru yang dipilih. Secara idealnya para guru didapati masih memerlukan pemantauan dan bimbingan yang berterusan untuk memastikan mereka dapat memahami dan menzahiri cara pelaksanaan PBD seperti yang dihasratkan. Penyelidikan ini juga dapat menunjukkan bahawa masih terdapat beberapa lompang yang perlu diisi oleh pihak penggubal dasar untuk memastikan hasrat pelaksanaan PBD dapat dicapai sepenuhnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kurikulum, Pengajaran, Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 23 Jul 2024 04:36
Last Modified: 23 Jul 2024 04:36
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1532

Actions (login required)

View Item View Item