IAB Institutional Repository

Meneroka Penggunaan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dalam Pengurusan Kokurikulum Sekolah di Lembah Klang

Izhar, Aiman and Ghazali, Norliza (2023) Meneroka Penggunaan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dalam Pengurusan Kokurikulum Sekolah di Lembah Klang. International Journal of Education and Training (InjET), 9 (2). pp. 1-10. ISSN e2462-2079

[img] PDF
Download (603kB)

Abstract

Selaras dengan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2015), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha untuk menyediakan para pendidik dengan segala keperluan dan pengetahuan berkaitan teknologi terkini bagi mendepani cabaran pentadbiran dan pengurusan pendidikan di sekolah yang semakin kompleks. KPM telah melancarkan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) pada tahun 2020 sebagai penyedia perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran kepada semua guru di sekolah kerajaan. Platform secara dalam talian ini disokong oleh tiga rakan strategik utama iaitu Google, Microsoft dan Apple. Pada dasarnya, platform yang dibekalkan bagi kegunaan pengurusan pembelajaran, turut mempunyai potensi untuk dimanfaatkan dalam bidang pengurusan lain di sekolah. Pengurusan kokurikulum merupakan salah satu komponen pengurusan di sekolah yang mempunyai kerencamannya tersendiri. Pengurusan kokurikulum bukan sahaja melibatkan aktiviti di dalam sekolah, ia turut melibatkan aktiviti di luar sekolah yang terdiri dari pelbagai peringkat penyertaan. Pengurusan kokurikulum yang lemah dan tidak sistematik boleh menyebabkan matlamat utama pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah tidak dapat dicapai. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan aplikasi DELIMa dalam pengurusan kokurikulum di lima buah sekolah yang terletak di Lembah Klang. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif, dengan menggunakan pendekatan kajian kes, dimana maklumat dikumpul menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian secara langsung ke atas platform DELIMa sekolah. Dapatan kajian ini dapat memberi inspirasi kepada para pentadbir sekolah khasnya Penolong Kanan Kokurikulum serta guru-guru untuk memanfaatkan sepenuhnya platform DELIMa dalam pelbagai komponen pengurusan kokurikulum di sekolah dengan lebih menyeluruh lagi. Selain memberi gambaran kepada KPM situasi sem asa penggunaanDELIMa di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: DELIMa, Pengurusan Pendidikan, Pengurusan Kokurikulum, Pengkomputeran Awam, DELIMa, Education Management, Curriculum Management, Cloud Computing
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: En. Marwanul Hakim Mohd Noh
Date Deposited: 06 Aug 2024 07:40
Last Modified: 06 Aug 2024 07:40
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1542

Actions (login required)

View Item View Item