Muhamad Razali, Kamarulshahrizat and Musa, Khalip (2024) Cabaran pemimpin pertengahan di sekolah serta solusi pengamalan kepimpinan guru. Jurnal Dunia Pendidikan, 6 (2). pp. 15-24. ISSN e-ISSN: 2682-826X
![]() |
PDF
Download (197kB) |
Abstract
Kertas konsep ini membincangkan tentang pemimpin pertengahan dan pengamalan kepimpinan guru di sekolah. Kajian berkaitan akan dilaksanakan untuk mendalami dan memahami isu-isu berkaitan kepimpinan guru di sekolah khususnya di kalangan pemimpin pertengahan di sekolah. Pemimpin pertengahan merupakan kumpulan guru yang mempunyai jawatan tertentu di sekolah. Disamping mengajar dan mendidik pelajar-pelajar di sekolah, mereka turut melaksanakan tugas-tugas khas yang telah diamanahkan kepada mereka. Kemahiran tertentu amat diperlukan oleh pemimpin pertengahan ini untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan lebih berkesan. Oleh itu, berdasarkan dapatan literatur yang diperoleh didalam kertas konsep ini mendapati bahawa guru perlu memahami asas amalan kepimpinan guru yang baik. Pengamalan konsep kepimpinan guru ini diyakini mampu memberikan panduan kepada pemimpinpertengahan untuk melaksanakan tugas mereka dengan teratur dan berkesan. Keberkesanan pelaksanaan tugas melalui pengamalan kepimpinan guru ini juga turut memberi kesan yang positif kepada sistem pengurusan sekolah tersebut. Oleh yang demikian, kertas konsep ini akan cuba mengupas konsep amalan kepimpinan guru melalui dapatan literatur yang diperoleh serta melihat kepada perkaitannya terhadap peranan pemimpin pertengahan di sekolah. Kertas konsep ini juga akan membantu dalam menyumbangkan idea berkaitan kajian yang akan dilaksanakan berkaitan kepimpinan guru di sekolah. Dapatan literatur dari kertas konsep ini juga diharapkan akan dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka program untuk memperkasakan lagi amalan kepimpinan guru di kalangan guru khususnya pemimpin guru di sekolah. Diharapkan juga agar maklumat dari kertas konsep ini dapat menyumbangkan idea untuk pengkaji-pengkaji amalan kepimpinan guru pada masa akan datang
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pemimpin Pertengahan, Cabaran Pemimpin Pertengahan, Kepimpinan Guru |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 12 Feb 2025 04:01 |
Last Modified: | 12 Feb 2025 04:02 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1550 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |