Mohd Nor, Nor ‘Ashikin and Abdul Razak, Khadijah (2024) Penerapan eleman didik hibur melalui modul J-ZIKR di negeri johor. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9 (54). pp. 1-16.
![]() |
PDF
Download (429kB) |
Abstract
Bacaan Iqra’ merupakan pendidikan asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum menguasai al-Quran. Namun begitu masih terdapat murid khususnya murid tahun 6 yang tercicir dalam menguasai bacaan Iqra’ dan belum mengenal huruf hijaiyyah. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penerapan didik hibur dalam Modul J-Zikr untuk meningkatkan kemampuan murid Tahun 6 membaca Iqra’ 1, 2 dan 3 dan strategi yang dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi masalah keciciran murid dalam membaca al-Quran. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif iaitu melalui kaedah temubual terhadap dua orang Jurulatih Utama J-Zikr Negeri Johor, analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian melalui analisis dokumen terhadap 83 murid yang menjadi peserta program J-Zikr menunjukkan terdapat pencapaian yang positif dengan 36% murid telah mencapai tahap Modul Emas, 26% mencapai tahap Modul Perak, 37% murid di tahap Modul gangsa dan hanya 1% yang masih tiada peningkatan.Dapatan kajian ini berfokus kepada keberkesanan modul J-Zikr dan juga perancangan dan strategi Jurulatih Utama Negeri Johor untuk mengatasi masalah keciciran murid. Pencapaian murid melalui progam yang dijalankan menunjukkan bahawa Modul J-Zikr amat sesuai digunakan untuk membantu murid-murid cicir al-Quran. Namun begitu, Modul J-Zikr ini perlulah ditambah baik dengan menambah lebih banyak elemen didik hibur serta disebarluaskan untuk manfaat ramai.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Didik Hibur, Modul J-Zikr, Nyanyian, Pembayang Huruf, Iqra’ |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 12 Feb 2025 04:03 |
Last Modified: | 12 Feb 2025 04:03 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1555 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |