IAB Institutional Repository

Amalan kepimpinan instruksional guru besar sebuah sekolah Program Transformasi sekolah 2025 (TS25) di Sabah ke arah kecemerlangan prestasi sekolah

KUSIN, SITI AMINAH and SAION, RASIDAYANTY and HARUN, NORLIA HARUN (2024) Amalan kepimpinan instruksional guru besar sebuah sekolah Program Transformasi sekolah 2025 (TS25) di Sabah ke arah kecemerlangan prestasi sekolah. International Journal Of Educational Research On Andragogy And Pedogory, 2 (1). pp. 28-36.

[img] PDF
Download (390kB)

Abstract

Kecemerlangan prestasi sekolah merupakan fokus utama barisan kepimpinan sekolah. Sesuai dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan transformasi pendidikan bagi memastikansistem pendidikan negara seiring dengan kehendak global. Bagi memantapkan sistem pendidikan sekolah dan kemenjadian murid, KPM memperkenalkan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Fokus TS25 adalah mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) agar selari dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat amalan kepimpinan instruksional guru besar sebuah sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di Sabah ke arah kecemerlangan prestasi sekolah. Teori Pandangan Asas Sumber (RBV) digunakan dalam mendasari kajian ini. Kaedah temu bual dan pemerhatian digunakan bagi mengumpul data. Responden kajian terdiri daripada dua orang guru. Dapatan menunjukkan guru besar berjaya mengaplikasikan kepimpinan instruksional dengan baik dan mengembeling sumber yang terdiri daripada guru dan murid untuk mencapai kecemerlangan prestasi sekolah. Dapatan juga menunjukkan guru besar mempunyai visi dan misi yang jelas untuk memastikan sekolah terus cemerlang. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu guru besar dalam meningkatkan kualiti kepimpinan untuk meningkatkan prestasi sekolah secara praktikal. Akhir sekali kajian ini membincangkan cadangan untuk kajian masa akan datang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Instruksional. TS25, RBV
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 12 Feb 2025 04:04
Last Modified: 12 Feb 2025 04:04
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1560

Actions (login required)

View Item View Item