Samsudin, Salbihana and Md Saleh, Halif and Ahmad, Ahmad Shukri (2024) Persepsi bakal guru terhadap kesan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran. International Journal of Educational Research on Andragogy and Pedagogy, 2 (1). pp. 112-124. ISSN 3009-0261 (e-ISSN)
![]() |
PDF
Download (358kB) |
Abstract
Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence(AI) telah mendominasi transformasi berbagai bidang termasuk pendidikan. Kajian dengan reka bentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji persepsi bakal guruterhadap kesan aplikasi AIdalam pengajaran dan pembelajaran. Responden terdiri daripada 161 orang guru pelatih yang sedang mengikuti pengajian PISMP. Soal selidik dalam bentuk Google Form diedarkan secara dalam talian. Dapatan kajian mendapati bakal guru bersetuju aplikasi AI dalam pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencarian bahan pengajaran dan pembelajaran (100%), meningkatkan minat murid (95.3%), menentukan kaedah pengajaran yang sesuai (86.3%), mempelbagaikan kaedah pengajaran (77.0%), menjimatkan masa guru membuat penerangan (60.9%), menyediakan pembelajaran mengikut tahap murid (59.0%), proses penilaian lebih tepat (49.7%), meningkatkan kreativiti murid (45%). Walau bagaimanapun 98.1% tidak bersetuju bahawa aplikasi AI dapat membentuk akhlak dan adab murid. Berdasarkan temu bual, bakal guru berpendapat AI tidak membantu pembentukan akhlak dan adab murid kerana proses penerapan nilai tidak berlaku, tidak melibatkan pertimbangan apabila berlaku konflik, hubungan sosial guru dan murid terbatas dan guru tidak berfungsi sebagai suri teladan.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 12 Feb 2025 04:04 |
Last Modified: | 12 Feb 2025 04:04 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1565 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |