IAB Institutional Repository

Isu pengajaran dan pembelajaran pelajar Asli Semoq Beri di sekolah kebangsaan sunagi berua,hulu terangganu

SAHADOM, MUHAMMAD NUR IMAN and IBRAHIM, ABDULLAH and AMAT SIMIN, MOHAMAD HAFIS and HASHIM, HAJAR MUNIRAH and ZAINUDIN, TENGKU MARIAM and LOKMAN, ATIKAH (2024) Isu pengajaran dan pembelajaran pelajar Asli Semoq Beri di sekolah kebangsaan sunagi berua,hulu terangganu. International Journal of Contemporary Education, Religious Studies and Humanities (JCERAH), 4 (1). pp. 1-7. (Submitted)

[img] PDF
Download (251kB)

Abstract

Pendidikan merupakan satu peranan dan elemen penting dalam membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup khususnya masyarakat Orang Asli. Isu “3M” membaca, mengira dan menulis masih di tahap kritikal terutamanya isu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ketinggalan dalam akademik, kehadiran ke sekolah, keciciran pelajar yang mendaftar ke sekolah, kesedaran ibu bapa yang tidak memberi tekanan kepada anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan dan buta huruf dalam kalangan Orang Asli khususnya suku kaum Semoq Beri amat merisaukan. Selain itu, hubungan Orang Asli Semoq Beri dalam kebergantungan kepada alam juga merupakan salah satu isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka iaitu tugas mencari hasil hutan atau alam sekitar dan amalan tradisi Semoq Beri hidup perantau. atau berpindah dari satu tempat ke satu tempat adalah antara punca dan isu utama yang menyumbang kepada ponteng sekolah dan tercicir dalam pendidikan formal ini. Banyak program dan tindakan berkaedah telah dijalankan bagi membantu pelajar mengurangkan jurang pendidikan formal dan mengurangkan peratusan buta huruf dalam kalangan pelajar masyarakat Semoq Beri. Pendekatan “Didik Hibur” turut digunakan dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah bagi mewujudkan suasana menarik bagi mengurangkan isu pendidikan dalam kalangan murid Orang Asli khususnya Orang Asli Semog Beri di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Pelajar Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Suku Semoq Beri, Orang Asli, Terengganu.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 12 Feb 2025 04:04
Last Modified: 12 Feb 2025 04:04
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1569

Actions (login required)

View Item View Item