Letchumanan, Viknesvari and Abd Hamid, Mohd Zolkifli and Abd Hamid, Abdul Murad (2024) Penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran guru bagi murid berkeperluan pendidikan khas di SMPK Vokasional Malaysia. ONLINE JOURNAL FOR TVET PRACTITIONERS, 9 (2). pp. 1-13. ISSN 2289-7410
![]() |
PDF
Download (713kB) |
Abstract
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka sebelum mendapat peluang menembusi pasaran kerja sebenar. Bagi meningkatkan peluang kerjaya mereka dan seterusnya memenuhi aspirasi majikan, mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran insaniah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan guru dalam mengajar murid berkeperluan khas iaitu mereka yang berada dalam kategori masalah pembelajaran (kurang upaya intelektual) di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) di Malaysia. Kajian kes telah digunakan bagi mendapatkan data yang padat dan terperinci. Seramai sepuluh orang peserta dipilih berdasarkan pencapaian titik penentuan ketepuan dalam kajian kualitatif. Protokol temu bual separa berstruktur digunakan sebagai instrumen. Semakan dokumen juga digunakan sebagai triangulasi dalam mengukuhkan data yang diperoleh. Didapati bahawa kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran yang paling kerap diterapkan bersama dengan kemahiran belajar dan bekerja dalam kumpulan. Untuk membantu guru menerapkan kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, satu senarai semak telah dihasilkan. Kajian yang lebih komprehensif diharapkan akan dijalankan pada masa hadapan dengan melibatkan pentadbir sekolah dan guru cemerlang untuk lebih memahami kepentingan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh murid berkeperluan khas
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Murid keperluan pendidikan khas; kemahiran insaniah; peluang kerjaya masalah pembelajaran; kurang upaya interlektual |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 12 Feb 2025 04:04 |
Last Modified: | 12 Feb 2025 04:04 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1570 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |