Saari,, Zatun Najahah and A. Ghani,, Muhammad Faizal (2024) Pembangunan Model Kepimpinan Silang Budaya (m2cL) Untuk Pemimpin Sekolah di Malaysia = Development of Cross-Cultural Leadership Model (m2cL)For Malaysian School Leaders. Management Research Journal, 13 (1). pp. 20-34. ISSN ISSN 2232-0660
![]() |
PDF
Download (761kB) |
Abstract
Di Malaysia, bidang pendidikan merupakan nadi dalam masyarakat dan negara bagi mencapai matlamat pembangunan pendidikan yang terbaik. Oleh itu, sebagai satu usahaa untuk mencapai persaingan global dalam dunia pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak langkah melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada Gelombang ke lima (2015 -2025) iaitu setiap sekolah perlu menempatkan pemimpin yang berprestasi tinggi (PPPM 2015-2025). Kajian ini adalah bertujuan mereka bentuk serta pembangunan model kepimpinan silang budaya berasaskan konteks tempatan bersesuaian dengan keperluan pemimpin sekolah di Malaysia. Selain itu, model ini dicadangkan kepada para pemimpin sekolah untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam pentadbiran yang meliputi pelbagai bangsa dan budaya khususnya dalam organisasi di sekolah. Justeru itu, model ini harus menggambarkan komponen serta elemen yang bersesuaian dengan keperluan pemimpin sekolah. Keterbatasan komponen kepimpinan silang budaya yang sesuai dengan situasi tempatan merupakan isu yang perlu ditangani dengan segera. Justeru, setelah melihat tranformasi pendidikan yang bersifat dinamik pada masa kini, maka penambahbaikan mengikut keperluan semasa untuk masa akan datang sangat diperlukan. Oleh yang demikian, untuk kajian ini pengkaji mengaplikasikan Teknik Fuzzy Delphi yang bertujuan mendapatkan konsesus pakar untuk mengenal pasti kedudukan elemen dalam setiap dimensi kepimpinan silang budaya pemimpin sekolah dalam konteks tempatan. Dalam kajian ini seramai 23 orang pakar terlibat dalam fasa rekabentuk dan pembangunan. Justeru, dalam kajian ini, instrumen soal selidik telah digunakan bagi tujuan tersebut. Data dianalisis secara kuantitatif. Penemuan daripada kajian ini berjaya menghasilkan Model m2cL yang boleh dijadikan panduan kepada para pemimpin sekolah terutama sekolah yang terdiri daripada warga sekolah yang mempunyai pelbagai budaya serta latar belakang.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 12 Feb 2025 04:05 |
Last Modified: | 12 Feb 2025 04:05 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1582 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |