Jailani Mohd Yusoff, Mohd Yusoff and Mohd Izham Mohd Hamzah2, Mohd Izham (2023) Amalan kepimpinan teknologi guru besar dan hubungannya dengan komitmen guru program transformasi sekolah 2025. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 8 (2). pp. 1-17. ISSN 25048562
![]() |
PDF
Download (310kB) |
Abstract
Teknologi merupakan antara elemen terpenting dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) bahkan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Walau bagaimanapun di Malaysia, kemahiran teknologi guru masih berada pada tahap yang rendah. Guru-guru masih tidak yakin untuk mengintegrasikanTMK dalam PdPc. Oleh itu, pendekatan kepimpinan teknologi mampu mengatasi isu ini. Di samping itu, komitmen gurumenyumbang kepada kemajuan sekolah dan pencapaian murid. Guru yang benar-benar komited sering bermotivasi untuk menghasilkan kerja yang terbaik untuk sekolah. Maka kajian ini dilaksanakan untukmenentukan tahap amalan kepimpinan teknologi dalam kalangan guru besar dan kaitannya dengan komitmen guru sekolah rendah Program TS25 di Putrajaya. Reka bentuk tinjauan dipilih dan melibatkan 310 sampel guru-guru sekolah rendah Program TS25 di Putrajaya berdasarkan kaedah pensampelan rawak mudahsertaborang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil analisis menunjukkan kepimpinan teknologi mencapai tahap sederhana tinggi dan komitmen guru berada tahap yang sederhana. Terdapat juga hubungan yang kuat antara kepimpinan teknologi dan komitmen guru. Ini bermakna semakin tinggi kepimpinan teknologi diamalkan maka semakin tinggi komitmen guru-guru di sekolah. Kajian inimemberikan implikasi kepada model kepimpinan teknologi NETS-A (2002) yang merupakan sebuah model kepimpinan teknologi yang komprehensif dan menyeluruh. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada pembuat dasar di KPM untuk menambah baik latihan sedia ada dengan menerapkan elemen kepimpinan teknologi.ABSTRACTEven in the field of school management and administration, technology is one of the most crucial components of PAK21,
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kepimpinan teknologi komitmen guru transformasi sekolah 2025 |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 05 Mar 2025 01:28 |
Last Modified: | 05 Mar 2025 01:28 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1592 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |