IAB Institutional Repository

Efikasi kendiri guru sebagai mediator dalam hubungan amalan kepimpinan distributif terhadap kompetensi kerja guru

Ibrahim, Mohd Notfi and Musa, Khalip (2023) Efikasi kendiri guru sebagai mediator dalam hubungan amalan kepimpinan distributif terhadap kompetensi kerja guru. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 36 (2). pp. 54-68. ISSN ISSN 1511-4147

[img] PDF
Download (356kB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor mediator efikasi kendiri guru dalam hubungan antara amalan kepimpinan distributif guru besar terhadap kompetensi kerja guru sekolah rendah kebangsaan di Pahang. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti pengaruh serta hubungan antara ketiga-tiga faktor yang dikaji. Kajian menggunakan instrumen yang dibangunkan oleh Tschanen-Moran dan Hoy & Hoy 2001 (Teacher Sense of Efficacy Scale-TSES), bagi mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru. Bagi mengukur tahap amalan kepimpinan distributif menggunakan instrumen (Distributed Leadership Readiness Scale-DLRS) yang dibangunkan oleh Connecticut State Department Of Education (CSDE). Untuk mengenal pasti kompetensi kerja guru pula, instrumen yang dibangunkan oleh KPM (2009) bagi mengukur standard guru Malaysia dalam perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) digunakan. Analisis mediator menggunakan SPSS Mikro Prosess oleh Andrew (2022) melibatkan model empat digunakan untuk menentukan wujudnya fungsi mediator efikasi kendiri guru dalam hubungan pengaruh amalan kepimpinan distributif terhadap kompetensi kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan efikasi kendiri guru merupakan faktor mediator dalam hubungan antara amalan kepimpinan distributif guru besar terhadap kompetensi kerja guru sekolah rendah kebangsaan di Pahang. Ketiga-tiga faktor ini penting dan diberikan tumpuan dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025 yang telah memperkenalkan inisiatif bagi pemerkasaan kepimpinan sekolah kepada amalan kepimpinan distributif serta memberi fokus kepada kompetensi kerja guru bagi memacu kecemerlangan pendidikan negara. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan negara juga memperteguhkan aspirasi KPM untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bertaraf dunia di abad ke 21 ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Amalan kepimpinan distributif, Kompetensi guru, Efikasi kendiri guru
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 05 Mar 2025 01:28
Last Modified: 05 Mar 2025 23:59
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1594

Actions (login required)

View Item View Item