IAB Institutional Repository

Kepimpinan Distributif: Isu Dan Cabaran Di Sekolah Sekolah Malaysia

Umahdevi, Nadarajan and Yunus, Jamal@Nordin (2024) Kepimpinan Distributif: Isu Dan Cabaran Di Sekolah Sekolah Malaysia. Kepimpinan Distributif: Isu Dan Cabaran Di Sekolah Sekolah Malaysia. pp. 1-12.

[img] PDF
Download (241kB)

Abstract

Kepimpinan distributif dalam konteks sekolah merujuk kepada model kepimpinan yang melibatkan perkongsian tanggungjawab dan kuasa antara pemimpin utama dan ahli-ahli organisasi sekolah yang lain. Pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan distributif menghadapi pelbagai isu dan cabaran. Antaranya termasuk kekurangan perkongsian misi, visi, dan matlamat; penentangan terhadap usaha penambahbaikan budaya sekolah; serta beberapa pemimpin yang enggan berkongsi tanggungjawab. Selain itu, ada juga pemimpin yang tidak membuat keputusan secara kolektif, tidak menurunkan kuasa, dan kurang memahami konsep kepimpinan distributif. Akibat daripada isu-isu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertingkatkan garis panduan berkaitan dasar pendidikan negara dan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sentiasa memantau amalan kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan bagi pihak berkepentingan, seperti Institut Aminuddin Baki, yang melatih pemimpin sekolah, untuk menyediakan modul yang sesuai dan panduan kepada pengetua dalam mengamalkan kepimpinan distributif demi kecemerlangan sekolah

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Distributif, Pemimpin, Isu dan Cabaran, Budaya Sekolah
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 08 Apr 2025 01:56
Last Modified: 08 Apr 2025 01:56
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1597

Actions (login required)

View Item View Item