Gopal, Bavanee and Lee, Kenny Cheah Soon and Abdul Razak, Ahmad Zabidi (2025) Efikasi kendiri guru dan keberkesanan sekolah di sekolah kebangsaan di Selangor, Malaysia. JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN, 11 (4). pp. 1-14. ISSN 2289-9669
![]() |
PDF
Download (319kB) |
Abstract
Pelan Pendidikan Malaysia (MEB 2013-2025) ditumpukan pada guru kerana mereka ialahorang utama di sekolah yang memastikan visi dan misi sekolah dicapai. Selain itu, guru sebagai agen perubahan harus mempunyai kemampuan untuk menghasilkan pelajar yang berjaya. Pada masa yang sama, mereka juga harus mempunyai kepuasan dan kegembiraan dengan kerja yang dilakukan. Ismail danWahid (2018) menyatakan bahawa prestasi pelajar bergantung pada kemahiran dan pengetahuan guru. Ini termasuklah kualiti mereka sebagai guru di Malaysia, yang mempunyai tanggungjawab membawa keluar potensi pelajar dalam bidang akademik dan bukan akademik. Di samping itu, dalam sesebuahsekolah, guru adalah yang paling dekat dengan pelajarkerana mereka menghabiskan sekurang-kurangnya lima jam di sekolah dan beberapa pelajar rasa mereka lebih selesa dengan guru berbanding dengan ibu bapa mereka. Tujuan utama pendidikan kebangsaan Malaysia melalui MEB (2013-2025) adalahuntuk mengurangkan perbezaan prestasi pelajar antara sekolah. Ini boleh dicapai dengan amalan guru yang lebih baik (Ismail & Abdul, 2019). Pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 oleh Kementerian Pendidikan (MOE) untuk tetap relevan di persada global menempatkan guru di garisan hadapan (Abdullah et al, 2020). Tetapi dengan perubahan yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan, guru mungkin mengalami kesulitan dalam prestasi kerja dan mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini (Ismail & Wahid, 2018). Dengan ini, semua halangan boleh diatasi dengan memperkayakan efikasi kendiri guru, seperti yang dikatakan He danMico (2006) bahawa efikasi kendiri guru ialah dimensi yang kuat dalam pendidikan.Bandura (1997) mendefinisikan efikasi kendiri sebagai keyakinan yang dibina berdasarkan minat oleh seseorang individu, manakala bagi guru, ia adalah kepercayaan mereka terhadap kemampuan mereka sendiri dalam mengendali pembelajaran di kelas dan memastikan pelajar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sementara itu, Ramli danYusuf (2020) dalam kajian mereka mendapati bahawa kepercayaan guru terhadap kebolehan mereka membantu dalam pembelajaran di kelas secara berkesan dan prestasi pelajar turut meningkat. Perubahan dalam sistem pendidikan memerlukan idea-idea yang baru dan inovasi daripada kalangan guru, manakala memastikan pelajar terlibat dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang lestari, selari dengan perubahan terbaru. Mereka juga berpendapat bahawa para guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi percaya dan mampu untuk berkongsi pengetahuan mereka secara produktif. Zarina (2017) berkata bahawa kewujudan efikasi kendiri dalam diri seseorang mampu sekurang-kurangnya untuk mengiringi kebijaksanaan para guru dan pelajar menuju kecemerlangan tinggi (Zainal & Mohd, 2021). Benolel dan Berkovich (2021) menunjukkan bahawa kepercayaan pada kebolehan sendiri guru dikaitkan bukan sahaja dengan kejayaan pelajar tetapi juga kepada kriteria-kriteria lain dikaitkan dengan keberkesanan sekolah (Wangidet al.,2020).Terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan keberkesanan sekolah seperti visi dan misi yang ditetapkan, sekolah yang aman dan bebas daripada segala ancaman dalam sebarang keadaan, kepimpinan, kejayaan pelajar, masa instruksional dalam pengajaran dan penglibatan ibubapa dan komuniti dalam aktiviti sekolah (Lezote & Synder, 2011). Sebagaimana disebutkan oleh Khairani danMakara (2020), efikasi kendiri guru merupakan faktor utama dikaitkan dengan keberkesanan sekolah. Oleh itu, sudah tiba masa untuk mengkaji hubungan diantara efikasi kendiri guru dan keberkesanan sekolah dan kesan efikasi kendiri guru terhadap keberkesanan sekolah
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Teachers’ Self-Efficacy, School Effectiveness, Students, Primary School |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 08 Apr 2025 01:59 |
Last Modified: | 08 Apr 2025 01:59 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1598 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |